Seni & Sukan 07 Jul, 2021

PBDS santuni 60 keluarga miskin di Setiu! Terkesan kerana Covid-19! Petani, nelayan, ibu tunggal

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: [email protected]

Share this

PBDS mengagihkan bakul makanan kepada 60 keluarga miskin di daerah Setiu yang terkesan dengan pandemik Covid-19 pada 5 Julai 2021.- Kredit Foto : PBDS  


MASYARAKAT di daerah Setiu yang berada dalam kepayahan sehingga menjejaskan pendapatan mereka akibat penularan pandemik Covid-19 turut menerima simpati daripada Persatuan Bolasepak Daerah Setiu (PBDS), Terengganu selama dua hari berturut-turut bermula pada Isnin 5 Julai 2021 lalu. 

Dalam hal ini, seramai 60 keluarga miskin dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Permaisuri dan Langkap masing-masing menerima sumbangan bakul makanan daripada PBDS.

Keluarga miskin itu termasuk golongan petani, nelayan dan ibu tunggal menerima bakul makanan tersebut di rumahnya yang disampaikan oleh Ahli-Ahli Jawatankuasa (AJK) persatuan bola sepak itu.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan PBDS

NOORHAIRY Azly Hassan (tiga dari kiri) menyerahkan pek KFC kepada petugas barisan hadapan di Pusat Vaksinasi Sungai Tarom, Bandar Permaisuri, Setiu pada 5 Julai 2021. - Kredit foto: PBDS


Setiausaha PBDS, Noorhairy Azly Hassan berkata pihaknya juga turut menyatuni para petugas barisan hadapan yang bertugas di Pusat Pemberian Vaksinasi (PPV) Sungai Tarom, Setiu dengan memberikan 70 pek KFC kepada mereka pada Isnin 5 Julai 2021.

Menurut beliau, dalam pengagihan bantuan bakul makanan itu, pihaknya telah melantik 10 AJK daripada persatuannya sebagai mewakili PBDS untuk menghantar bantuan berkenaan di rumah penerima-penerima yang terpilih itu.  

Katanya, penyerahan bantuan itu tidak dilakukan dalam satu majlis kerana ketika ini kerajaan sedang melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). 



``Walaupun PBDS sebagai Badan Bukan Kerajaan (NGO) tetapi kami seperti NGO lain dan pihak kerajaan turut menyatuni orang ramai yang berada dalam kesusahan dalam situasi sekarang.

``Menerusi program seperti itu, PBDS secara tidak langsung dapat diterjemahkan kami bukan sahaja tertumpu dalam permainan bola sepak dengan golongan muda tetapi kami juga turut peka kepada masyarakat di daerah ini dengan penularan pandemik Covid-19,’’  katanya ketika dihubungi pada Rabu 7 Jun 2021. 

Noorhairy berkata, apa yang dilakukan itu sekadar yang termampu oleh PBSD sebagai kecaknaan pihaknya terhadap masyarakat di daerah itu yang kurang berkemampuan. 


SEORANG penerima bakul makanan yang disumbang oleh PBDS. - Kredit foto: PBDS


Sementara itu, Presiden PBDS, Marzuki Sulong berkata keperihatinan pihaknya terhadap masyarakat khususnya di daerah Setiu yang ditimpa musibah adalah sejak dari dulu lagi.

Ini kerana beliau yang juga Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) berkata, pada akhir tahun lepas (2020) pihaknya telah menyumbang bantuan makanan pada mangsa banjir di Kampung Nyatuh, Setiu. 

``Selain bantuan makanan, PBDS juga mengadakan pelbagai program kebajikan termasuk mengadakan gotong royong membersih kawasan masjid dengan masyarakat setempat,’’ katanya. - KitaReporters



NOORHAIRY Azly (kanan) menyerahkan bakul makanan kepada Aminuddin Ramli. - Kredit Foto : PBDS

4
0
1
0
1
You will be interested