Seni & Sukan 06 Mar, 2022

Keluarga Malaysia sokong lawatan integrasi! JPKRT Bahagian Seri Aman ziarahi KRT Bandar Jertih!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this


Rombongan JPKRT Bahagian Seri Aman, Sarawak dan Jawatankuasa KRT Bandar Jertih bergambar kenangan bersama ADUN Jertih Datuk Muhammad Pehimi Yusof.


PROGRAM lawatan Integrasi antara Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak dan sebaliknya yang diperkenalkan oleh Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional (JPNIN) memberi impak besar dalam mengeratkan hubungan pemimpin Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di negara ini. 

Menerusi program tersebut pemimpin dan ahli KRT dapat bertukar-tukar maklumat dan pandangan selain mengenali budaya hidup antara negeri masing-masing.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan KRT

Pegawai Perpaduan Daerah Besut Nor Almizan Mahmod sedang menyampaikan taklimat


Terbaharu, Jawatankuasa Pemuafakatan Kawasan Rukun Tetangga (JPKRT) Bahagian Seri Aman, Sarawak, memilih Terengganu sebagai destinasi pilihan dalam program lawatan integrasi tersebut. 

Dalam rangka lawatan tersebut JPKRT memilih Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Bandar Jertih, Terengganu untuk sesi kunjungan pertama pada 2 Mac 2022 lalu untuk menemui rakan KRT di negeri itu.

Rombongan diketuai Pengerusi JPKRT Bahagian Seri Aman, Edmeade Rujis bersama 37 pemimpin KRT dalam bahagian tersebut mengadakan majlis ramah mesra dengan Ahli Jawatankuasa KRT Bandar Jertih.


Muhammad Pehimi (baju biru) menyampaikan cederamata kepada Pegawai Perpaduan Seri Aman, Kuching  Ahmad Noor Kamal


Kehadiran rombongan tersebut lebih bermakna apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jertih, Datuk Muhammad Pehimi Yusof turut menyambut rombongan dan meraikan dalam satu majlis makan malam.

Turut Hadir dalam program itu ialah Pegawai Perpaduan Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional (JPNIN) Bahagian Seri Aman, Ahmad Noor Kamal Malik dan Pegawai Perpaduan Daerah Besut, Nor Almizan Mahmood.


Peserta lawatan menikmati jamuan nasi dagang Terengganu


Edmeade berkata, pihaknya merancang untuk mengadakan lawatan itu sejak 2019 tetapi terpaksa ditangguhkan beberapa kali disebabkan penularan pandemik COVID-19.

Katanya, beliau bersyukur kerana hasratnya untuk berkunjung ke Terengganu akhirnya mencapai kejayaan walaupun mengambil masa agak lama.


Muhammad Pehimi menyampaikan ucapan pada sesi meraikan rombongan Lawatan Integrasi  JPKRT Seri Aman, Sarawak


Sementara itu, Muhammad Pehimi berkata, pihaknya mengalu-alukan kunjungan Jawatankuasa KRT dari Sarawak ke Negeri Terengganu khasnya di KRT Bandar Jertih.

Katanya, pemilihan lawatan ke KRT Bandar Jertih amat tepat kerana ia antara KRT paling lama di negara ini iaitu sudah berusia 37 tahun dan mempunyai rekod cemerlang dengan meraih pelbagai anugerah sama ada pada peringkat Daerah, Negeri dan Kebangsaan.

“Saya amat teruja kerana pemimpin KRT menunjukkan contoh dan tauladan dalam usaha memupuk perpaduan bukan sahaja dalam kalangan ahli pelbagai  kaum malah antara negeri dan merealisasikan slogan Keluarga Malaysia,” katanya. - KitaReporters


Peserta rombongan dari JPKRT Bahagian Seri Aman, Sarawak mengambil peluang bergambar kenangan dengan Muhammad Pehimi

18
11
2
11
0
You will be interested