Seni & Sukan 06 Mar, 2022

UK masih 'rumah saya'! Harry mahu baharui kontrak sewa Frogmore Cottage! Masih sayangkan England!

@kartini mohd noor
Pernah berkhidmat sebagai 1. Stringer Berita Harian 2. Wartawan Berita Harian 3 . Penyunting Harian Metro 4. Grup Editor Majalah IBUBAPA

Share this

Hiasan dalam Forgmore Cottage di UK


PUTERA Harry, anakanda kedua Putera Charles dilaporkan merancang untuk memperbaharui kontrak sewa ke atas 'Frogmore Cottage' (Kotej Frogmore) yang akan tamat pada Mac 2022 ini kerana dia masihkan sayangkan England dan kediaman itu juga satu-satunya kotej singgahannya setiap kali dia mahu kembali ke 'kampungnya', kota raya London.

Frogmore mempunyai lima bilik adalah estet yang berjiran dengan Istana Windsor di Berkshire seluas 33 ekar yang mempunyai taman bunga persendirian yang dijaga oleh dana tabung kewangan milik Crown Estate. Di situ juga terletaknya rumah rehat diraja, dikenali Rumah Forgmore dan Kotej Frogmore. Ia diberi nama sempena katak kerana tempat itu paya, lembab yang banyak dihuni haiwan berkenaan.

Kawasan itu juga tempat persemadian keluarga diraja British. Di situlah adanya pusara Ratu Victoria dan suaminya, Putera Albert. Selain itu, ia tempat persemadian Duchess of Kent iaitu ibu Ratu Victoria. Manakala taman pula bertaraf gred I yang senaraikan dalam Register of Historic Parks and Gardens.


Lagi cerita-cerita menarik Putera Harry


Kotej Frogmore. - Kredit foto: Wikipedia


Ratu Elizabeth II dikatakan menghadiahkan sepasang lukisan dari Istana Windsor ke kotej tersebut sebagai hiasan.

Akhbar The Sun dalam laporannya 20 Februari 2022 lalu, Harry tetap menaruh harapan dan yakin serta percaya United Kingdom (UK) adalah tanah kelahiran asalnya walaupun kini dia sudah menjadi 'rakyat' Amerika Syarikat (AS) selepas berhijrah, menetap di California. 

Malah Harry dan isterinya, pelakon Hollywood Meghan Markle turut menyambut kelahiran puteri keduanya di negara itu.

Harry-Meghan yang juga Duke dan Duchess of Sussex, menetap di Kotej Frogmore sejak 2020 sebaik saja mendirikan rumah tangga. Pasangan itu membayar lebih $3 juta (RM12 juta) untuk mengubah suai dan menghias semula istana lama berkenaan

Kini sepeninggalan mereka, kotej itu didiami oleh sepupunya, Puteri Eugenie dan suaminya, Jack Brooksbank serta anak mereka August.


Princess Eugenie and Jack Brooksbank's family home is made up of five  properties – inside | HELLO!

Puteri Eugenie dan suami mendiami Kotej Frogmore sehingga Harry balik semula ke UK. - Kredit foto: Hello.


Manakala The Telegraph pula melaporkan pasangan itu mempunyai perancangan untuk menyambung semua kontrak sewa berkenaan kerana menganggap kotej itu adalah istana kecil mereka setiap kali kembali ke England atas urusan istana termasuk melawat datuknya, Putera Philip yang meninggal dunia pada 2021 lalu. 

Harry yang juga sepupu akrab Eugenie yang juga salah seorang daripada dua puteri Sarah Ferguson dengan suaminya, Putera Andrew. 

The Sun turut melaporkan Harry masih diberi peluang untuk meneruskan khidmatnya mewakili nendanya, Ratu Elizabeth II sebagai salah satu daripada empat Kaunselor Negara (Counsellor of State) walaupun pada hakikatnya, dia telah meletakkan jawatan sebagai kerabat istana yang bekerja.

Harry kini berusia 37 tahun masih bertaraf warganegara UK dan boleh meneruskan khidmat kerana dia sememangnya layak berdasarkan alamat dirajanya, Windsor

Sebab itu juga, Harry merancang kembali ke England bagi berbincang dengan kerajaan negaranya yang mahu melucutkan kawalan keselamatan polis mengiringinya ketika berada di UK.



What will Meghan and Harry's £2.4m makeover of Frogmore Cottage look like?

Kotej Frogmore, selesa dan tenang kerana dikelilingi oleh taman bunga milik ratu.


Ketika ini Harry dikatakan menyaman kementerian dalam negeri (polis) kerana melucut haknya mendapatkan perlindungan polis sepenuhnya setiap kali Harry-Meghan kembali ke UK. Malah Harry sendiri berasa tidak 'selamat' dan pernah merayu mahu membayar duit poketnya kepada pasukan keselamatan Metropolis bagi khidmat mereka tetapi ditolak oleh pihak berkuasa.

Para peguam kerajaan memberitahu Mahkamah Tinggi tindakan Harry membuat tawaran untuk membiayai pasukan polis itu tidak sesuai kerana perlindungan keselamatan peribadi yang dilakukan oleh pihak polis  tidak boleh dibayar dengan wang secara peribadi.

Sumber dalaman polis berkata mereka bukan pasukan bersenjata untuk disewa.



Sepanjang meninggalkan UK, Harry baru dua kali pulang. Satu untuk melawat datuknya yang meninggal dunia dan sekali lagi untuk bersama-sama abangnya, Putera William membuka tirai patung bonda mereka, mendiang Lady Diana yang mereka berdua rasmikan pada Ogos 2021.

Selepas pulang ke negara asalnya Kanada dan berhijrah ke AS, Meghan tidak pernah berkesempatan untuk pulang ke UK kerana waktu itu, dia sedang sarat hamil dan puteri kedua mereka yang diberi nama Lilibet juga tidak pernah sekali pun dibawa pulang  'menjejakkan' kaki ke tanah air bapanya. - KitaReporters


Istana Harry-Meghan di California... Indah dan sangat berbeza dengan Kotej Frogmore dan harga istana ini lebih kurang RM62 juta (AS$15juta)

13
15
0
15
0
You will be interested