Seni & Sukan 12 Apr, 2020

TUNGGU!! SIARAN LIVE POKKU, MOKKU DALAM FB

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb [email protected]

Share this

PELBAGAI aktiviti boleh dilakukan ketika duduk di rumah ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan oleh kerajaan kepada rakyat seluruh negara sejak 18 Mac 2020 yang kini memasuki Fasa Ketiga bagi mengelak penularan virus COVID-19 lebih mengganas. : KitaReporters

Pasangan suami isteri, Tengku Nazri Tengku Ismail dan Nor Akmawati Mohd Nor sedang beraksi di konti.


Sejak perintah berkenaan dilaksanakan individu dan ahli keluarga yang tinggal di rumah menzahirkan kreativiti masing-masing bagi menghilangkan rasa bosan sama ada untuk hiburan keluarga ataupun masyarakat.

Apa lagi adanya kemudahan teknologi masa kini dengan hanya menggunakan telefon bimbit manusia boleh melakukan apa sahaja asalkan bijak menggunakan aplikasi yang ada untuk melakukan sesuatu.

Pasangan suami isteri, Tengku Nazri Tengku Ismail, 39, dan Nor Akmawati Mohd Nor, 38, dari Pasir Puteh, Kelantan mempunyai cara tersendiri untuk memenuhi masa lapang ketika berada di rumah bersama ahli keluarga.

Usaha pasangan romantik itu mengendalikan siaran secara “Live” dalam Facebook (https://www.facebook.com/nor.akmawati.5) untuk menghiburkan orang ramai khususnya pengguna Facebook menarik perhatian netizen yang sentiasa menantikan kemunculan aktiviti mereka pada waktu yang ditetapkan.

Ketika ditemui KitaReporters.com di rumah mereka, pasangan itu  yang lebih dikenali dengan Pokku dan Mokku sedang membuat persiapan untuk siaran langsung edisi petang dengan menyiarkan lagu-lagu kegemaran penduduk Pantai Timur.


Tengku Nazri Tengku Ismail (Pokku)


Kata mereka, untuk slot lagu-lagu Melayu pada waktu petang, mereka lebih banyak menyiarkan lagu-lagu dikir barat, dangdut dan lagu-lagu enam puluhan yang sememangnya digemari penduduk Pantai Timur.

Sementara itu, Tengku Nazri berkata, beliau mula membuat “Live” dalam Facebook untuk beraksi bersama isteri menerusi slot lagu-lagu Melayu pada jam 3 petang setiap hari dan slot lagu-lagi Hindi pada jam 9 malam.

Bermodalkan kira-kira RM1,000 untuk menyediakan pelbagai peralatan penyiaran dia memulakan aktiviti pada awal bulan Mac 2020 secara suka-suka.

Bagaimanapun, katanya, apabila kerajaan mengenakan PKP, beliau terpanggil untuk mempertingkatkan aktiviti itu dengan tujuan untuk menghiburkan orang ramai ketika berada di rumah sepanjang tempoh PKP.

Nor Akmawati Mohd Nor (Mokku)


Katanya, pengalaman menjadi DJ Konti Bergerak di Kelantan dan Terengganu mendorong beliau dan isteri untuk mengendalikan program berbentuk hiburan menerusi media sosial.

Manakala isterinya juga aktif dalam seni dan budaya dan menjadi artis Majlis Kebudayaan Daerah Besut (MKDB) dan boleh berbicara dan menyanyi memudahkan beliau berpasangan mengendalikan “Live” berkenaan.

Tengku Nazri berkata, selain menyediakan lagu-lagu hiburan kegemaran penduduk Pantai Timur pengisian juga turut diberikan kepada penyampaian maklumat dan info nasihat kepada pengikut Facebook mengenai perkembangan terkini COVID-19.

Menggunakan page jenama Mokku HPDC dia membuka sedikit ruang di rumahnya untuk kerja-kerja asas memasang kelengkapan penyiaran.

Facebook Mokku HPDC ( https://www.facebook.com/nor.akmawati.5) menarik ramai netizen.

“Ketika ini perkhidmatannya adalah percuma dan tiada penajaan malah ia dilakukan dengan niat untuk menghibur orang ramai yang terkurung di dalam rumah,” katanya.

Paling membanggakan, ketika siaran “Live” dilakukan lebih 1,000 view dicatatkan termasuk pemilik Facebook dari luar negara seperti Singapura, Indonesia, Korea, Thailand, United Kingdom, India, Pakistan dan Jepun yang meminta disiarkan lagu-lagu kegemaran masing-masing selain membuat komen.


Facebook Mokku untuk dilayari oleh peminat bagi menghilangkan boring ketika PKP di  https://www.facebook.com/nor.akmawati.5


“Saya amat teruja dan berpuas hati dengan melakukan kerja sukarela seperti ini kerana dalam masa sama dapat berinteraksi dengan orang ramai seluruh pelosok negara dan luar negara,” katanya.

Netizen bertambah seronok dengan coleteh Pokku dan Mokkumenggunakan loghat Kelantan selain kedua-dua pasangan terbabit mempu menyanyikan pelbagai irama lagu yang tentunya menghiburkan orang ramai. - KitaReporters

 

21
4
1
1
1
You will be interested