Seni & Sukan 17 Apr, 2022

Keluarga Malaysia: Terima kasih Kopetro! Agih 400 pek juadah berbuka kepada anggota polis trafik

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: [email protected] atau [email protected]

Share this


KOPERASI Kakitangan Petronas Berhad (Kopetro) baru-baru ini telah melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan mengagihkan 400 pek juadah berbuka kepada anggota Polis Trafik Kuala Lumpur.

Selain agihan juadah berbuka puasa, Kopetro juga mengambil kesempatan sempena bulan Ramadan ini dengan juga memberikan sumbangan kepada ahli keluarga anggota polis trafik yang terkorban semasa melaksanakan tugas.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan gerakan koperasi

Kredit foto-foto: Ihsan Kopetro


Pengerusinya, Khairu Najhan Zainuddin berkata, sumbangan tersebut merupakan salah satu inisiatif daripada Kopetro sempena bulan Ramadan yang mulia dalam usaha menyantuni jasa petugas barisan hadapan terutama anggota polis trafik yang berkhidmat kepada masyarakat.

“Ini adalah tahun ke-5 Kopetro mengadakan program seumpama ini bersama Balai Polis Trafik Kuala Lumpur dan Kopetro ingin mengambil peluang beramal di samping mengukuhkan lagi ukhwah yang sedia terjalin dengan anggota polis," katanya selepas menyampaikan sumbangan tersebut pada 12 April 2022 lalu.

Acara penyerahan sumbangan dan agihan juadah berbuka puasa ini telah disampaikan oleh Khairu Najhan dengan diiringi Ahmad Shakir Ahmad Ubaidah selaku Ketua Pegawai Eksekutif Kopetro dan disaksikan oleh Superintenden Zulkafli Che Lah, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur.



Superintendan Zulkafli dalam ucapannya menyampaikan rasa syukur dan berterima kasih kepada Kopetro yang menghargai pengorbanan anggota polis kerana menjaga keamanan, keselamatan dan kesejahteraan orang ramai tanpa mengira waktu dan tempat lebih-lebih lagi sepanjang bulan Ramadan ini.

Kata beliau cabaran pada bulan Ramadan ini adalah lebih hebat berbanding pada masa-masa lain terutama sejak negara telah memasuki fasa peralihan ke tempoh endemik, lebih ramai warga kota telah kembali bekerja di pejabat.

“Ini telah menyebabkan peningkatan jumlah kenderaan di atas jalan raya dan lebih ramai anggota polis telah ditugaskan demi memastikan kelancaran lalu lintas. Setiap hari seramai 350 anggota Polis Trafik Kuala Lumpur ditugaskan untuk mengawasi aliran trafik sepanjang bulan Ramadan ini,” tambahnya lagi.

Turut hadir pada majlis mengagihkan pek makanan dan sumbangan tersebut adalah Roslan Abdul Rahim, Naib Pengerusi Kopetro dan juga Anggota-anggota Lembaga Kopetro. - KitaReporters


  

10
11
0
15
0
You will be interested