Seni & Sukan 04 Apr, 2022

Video| Nazim Othman teringin kembali berkahwin! Selepas 4 tahun menduda! Tapi belum ada calonnya!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

Setelah hampir 4 tahun menduda, pelakon Nazim Othman, 37, kini teringin untuk kembali menjalani hidup berumah tangga. Namun masih belum ada calon yang sesuai ditemui sehingga dia meminta kawan-kawan mencarikan jodoh untuknya.

Ini kerana dia mempunyai sifat pendiam dan pemalu yang menyukarkannya untuk mencari wanita idamannya.

Nazim atau nama sebenarnya Nushrul Alif Othman berkata, dia tidak trauma untuk mendirikan rumah tangga lagi, namun jodoh masih belum sampai buat dirinya.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Nazim Othman



“Rasanya, dah agak lama saya single dan bahkan, ini tempoh paling lama setakat ini. 

"Bukan trauma (nak kahwin lagi) tapi saya ada dunia saya sendiri dan saya juga pernah berada dalam fasa menghadapi situasi-situasi yang tak berapa ‘best’ waktu membesar.

“Jadi, sekarang ini, saya suka sendiri. Sungguhpun begitu, tak bermakna apabila seseorang itu sendiri, dia kesunyian,” katanya.


Mengakui dirinya seorang pendiam dan pemalu (introvert) , Nazim berkata sebelum ini, selepas bercerai dia pernah terbuka hati untuk mencari pengganti namun tiada calon.

"Jujurnya, sekarang memang saya tiada siapa-siapa. Pernah dulu lepas bercerai terbuka hati nak cari pengganti tapi tiada calon yang saya jumpa, kata Nazim.

“Saya sampai tanya pada kawan-kawan kalau mereka ada calon isteri yang sesuai untuk dipadankan dengan saya. Sampai tahap begitu sekali tapi Tuhan tetap tak hadirkan jodoh buat saya. 

“Tidak mengapalah. Saya fikir sekarang, ada banyak benda penting lain yang boleh dibuat dalam hidup selain sibuk cari pasangan,” katanya.



Nazim pernah berkahwin dengan pelakon Bella Dally pada 10 September 2016, namun bercerai pada 17 Mei 2018.

Nazim merupakan pramugara Penerbangan Malaysia (MAS) dari 2004 hingga 2007.  Dia kemudian mencuba bidang modeling dan lakonan.  

Pada tahun 2008 dia diberi peranan kecil dalam drama drama ’Front Page’. Namanya sebagai pelakon mula dikenali setelah membintangi dama bersiri ‘Dejavu Kinabalu’.


Nazim pernah berkahwin dengan Bella Dally


Walaupun sudah berusia hampir 40 tahun, namun wajahnya kelihatan seperti pemuda berusia 20an.

Pada tahun 2017, Nazim mencuba nasib sebagai penyanyi dan mengeluarkan sebuah single berjudul ‘Kerana Cinta’. Namun percubaan sebagai penyanyi kurang berjaya menyebabkan dia terpaksa meneruskan bidang lakonan dan modeling. - KitaReporters



18
14
0
14
0
You will be interested