Seni & Sukan 25 Jul, 2020

Mak takutnya! Tapi sempat berswafoto dengan beruang besar!

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this

SEMUA orang tahu kepentingan senaman untuk kesihatan. Kini kita boleh melihat di tempat rekreasi ada saja yang meluangkan masa bersenam bagi mengekalkan kehidupan sihat. Lebih meriah pada hujung minggu, ada sahaja aktiviti daripada berbasikal bersama keluarga dan ada pula yang memilih joging sambil santai bersama pasangan dan juga rakan-rakan. : Kitareporters

Taman Ekologi Chipinque di San Pedro Garza Garcia, Mexico. - Kredit foto: alltrails.com 


Namun bagaimana ketika sedang joging atau mendaki, kita dihampiri binatang besar seperti beruang gergasi yang dua kali ganda daripada saiz manusia?

Mahu tak cukup kaki nak lari kan?

Baru-baru tiga wanita muda dari Mexico berdepan detik mendebarkan apabila dihampiri seekor beruang besar berwarna hitam ketika menyertai pendakian gunung.

Memetik laporan The Guardian, kejadian berkenaan dipercayai berlaku di Taman Ekologi Chipinque di San Pedro Garza Garcia, Mexico.

BERUANG besar menghampiri seorang daripada pendaki wanita yang kelihatan enang walaupun dalam ketakutan. - Kredit foto: Dailymail.com


Adoiii boleh terus pengsan nih!!!

Menerusi video yang dikongsikan, tiga pendaki wanita itu dalam keadaan santai berjoging di laluan berkenaan bagi menamatkan aktiviti pendakian mereka.

Namun ketika santai berjalan anak, tiba-tiba seekor beruang hitam menghampiri kumpulan wanita berkenaan.

Kelihatan ketiga-tiga wanita terus membatu ketakutan dan terkejut, namun terpaksa kelihatan bersahaja dan tenang bagi mengelak dicederakan binatang ganas berkenaan.

Turut kedengaran suara mungkin juga penjaga binatang buas berkenaan yang meminta tidak mengapa-apa tiga wanita berkenaan.


Kalau melarikan diri pun belum tentu selamat… mungkin dijadikan ‘hidangan’ terus di situ!

Terkejut dihampiri binatang berkenaan seorang daripada mereka terus mengeluarkan telefon bimbit dan sempat berswafoto.


Amboi beraninya kau!! Sekali dingap tak cukup jalan nak lari wehhh!

Mungkin melihat reaksi bersahaja wanita berkenaan, beruang berkenaan juga ‘berani’ untuk bermanja dengan pendaki wanita itu apabila dilihat menggesel badannya ke kaki wanita tersebut.

Lebih terkejut beruang berkenaan menghidu rambut seorang daripada pendaki wanita tersebut.

Apalah yang beruang itu bau agaknya ya?

BERSELFIE  bersama beruang hitam yang cuba mendekatinya walaupun dalam ketakutan.


Manakala seorang lagi rakannya terus membatu dalam keadaan membelakangkan beruang tersebut.

Mungkin terlalu takut dan tidak sanggup bersemuka dengan binatang berkenaan.

Mahu tak takut... Dahlah badannya sekali ganda besar daripada kita!

Tidak lama kemudian, binatang berkenaan beredar dan meninggalkan kumpulan wanita berkenaan.

Nasib baik tiada sebarang kecederaan yang dialami mereka.

Mungkin itu aktiviti pendakian terakhir bagi kesemua wanita itu? - KitaReporters

1
1
0
0
0
You will be interested