Seni & Sukan 19 Sep, 2021

Video| Zizi Kirana sah jadi suri hati Yusuf Bahrin! Tarikh pernikahan diketahui 2 hari sebelum!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

Yusuf menyarungkan cincin ke jari Zizi kIrana.


Penyanyi Zizi Kirana, 36, dan pelakon Yusuf Bahrin, 29, sah hari ini, Ahad, 19 September 2021, menjadi suami isteri setelah selama ini enggan mendedahkan hubungan mesra mereka. 

Zizi atau nama sebenar Nur Fazelah @ Zizie Mad Tahil, yang popular dengan lagu ‘Eh’, sah menjadi suri hati Yusuf Bahrin dengan sekali lafaz kira-kira jam 10.40 pagi di Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Pasangan Ini dinikahkan oleh Imam Masjid Usamah Bin Zaid, Murshidi Abd Hamid berwakilwalikan bapa Zizi,  Mad Tahil.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Zizi Kirana


Yusuf membetulkan pakaian Zizi sebelum majlis akad nikah berlangsung.


Majlis pernikahan diadakan secara tertutup mengikut prosedur operasi standard (SOP) kerajaan dan hanya dihadiri keluarga terdekat.

Zizi menerima mas kahwin RM300, senaskah al-Quran, sebentuk cincin dan seutas gelang tangan. Sementara  wang hantaran tidak didedahkan. 

Selepas majlis pernikahan, pasangan ini meluahkan rasa kesyukuran bahawa majlis berjalan lancar dan dipermudahkan. Kedua-duanya hanya mendapat tahu tarikh dan tempat pernikahan pada Jumaat 17 September 2021 lalu.

Kedua-duanya berharap perkahwinan ini diberkati dan kekal sampai ke Jannah.


Yusuf dan Zizi bergambar setelah bergelar suami isteri. - Kredit foto: IG Zizi Kirana

Perkenalan kedua-duanya mula berkenalan ketika rakaman program All Together Now Malaysia (ATNMY) awal tahun ini.

Ketika itu mereka tidak bertegur dan hanya mula serius ketika kira-kira dua bulan lalu bagi melanjutkan hubungan ke alam perkahwinan dan telah mendapat restu keluarga. 

Menurut Zizi, sepanjang perkenalan mereka hanya berjumpa beberapa kali sahaja kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan lebih banyak berkomunikasi menerusi telefon bimbit dan media sosial.


Gambar Zizi dan Yusuf dalam buku nikah. - Kredit foto: IG Zizi Kirana


Untuk majlis resepsi menurut Zizi, ia akan diadakan di kampungnya di Sabah dan di kampung Yusuf di Melaka  dijangka pada Disember tahun 2021 ini.

Mengenai cahaya mata, Zizi dan suami tidak merancang dan mahu mendapat sekurang-kurangnya dua anak.

Menyentuh mengenai berbulan madu, Zizi berkata ia tidak dapat dilakukan kerana kegiatan seninya mulai sibuk Isnin, 20 September 2021 ini. Bagaimanapun Zizi dan suami bercadang untuk menunaikan umrah dalam waktu terdekat.

Zizi turut dikenali di Indonesia setelah menyertaikan program Dangdut Academy Asia (DAA) terbitan Indosiar beberapa tahun lalu. - KitaReporters


11
10
0
17
0
You will be interested