Seni & Sukan 08 Dec, 2020

Video| Syafiq Kyle-Mimi Lana temu jodoh? Filem Saka Nan Sepi

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com. Email: [email protected]

Share this

MEREKA berpacaran selama 5 tahun, namun jodoh tidak kesampaian. Pasangan bagaikan pinang dibelah dua ini akhirnya ditakdirkan berpisah namun jodoh mereka di layar perak masih kukuh. Selepas filem ‘Pusaka’ pada tahun 2019, pelakon Syafiq Kyle dan Mimi Lana dipertemukan kembali dalam filem seram komedi, 'Saka Nan Sepi’. : KitaReporters

Mimi Lana dan bekas kekasihnya, Syafiq Kyle. - Kredit foto: @mismimilana.


Lagi kisah-kisah berkaitan Syafiq Kyle:

https://kitareporters.com/search?search=syafiq+kyle


Ini filem gandingan pertama mereka selepas Mimi Lana, 25, atau nama sebenarnya Mimi Rozaiana Zainal Abidin  mengumumkan hubungan cintanya bersama Syafiq Kyle. 28, berakhir sekitar bulan Mei 2020.

Hubungan pelakon bernama penuh Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak bersama Mimi disedari berdepan masalah apabila masing-masing dilihat berhenti mengikuti akaun instagram masing-masing sejak April 2020.

Namun, bagi peminat kedua-dua pelakon Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 dalam kategori ‘Gandingan Serasi Filem Popular’ melalui filem Pusaka ini, boleh melepaskan kerinduan mereka untuk menyaksikan Syafiq dan Mimi kembali beraksi dalam ‘Saka Nan Sepi’.



Jika “Pusaka’ merupakan filem seram Malaysia 2019 arahan Razaisyam Rashid, ‘Saka Nan Sepi’ yang diarahkan pengarah sama, bergenre filem komedi seram dan disajikan dengan pelbagai jenis hantu.

Wow! Berapa jenis hantu yang ditonjolkan agaknya? Tak takut ke?

Iyalah, nama pun hantu mesti seram sejuk juga menontonnya walau pun hanya dalam filem ya tak?

“Menariknya, tidak seperti filem seram komedi yang lain di mana kebiasaanya akan tonjolkan hantu yang menyeramkan, tetapi ‘Saka Nan Sepi’ tampilkan hantu yang berbeza yang mana kami merasakan keadaan fizikal dan perwatakannya boleh diterima oleh semua lapisan masyarakat,” begitu ujar Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad.



Menurutnya, “Saka Nan Sepi’ yang akan menemui penonton di pawagam rumah mereka mulai 10 Disember 2020 di saluran Astro FIrst (480), tidak seperti filem seram komedi yang lain di mana kebiasaaannya akan tonjolkan hantu yang menyeramkan.

“Saka Nan Sepi menampilkan hantu yang berbeza yang mana kami merasakan keadaan fizikal dan perwatakannya boleh diterima oleh semua lapisan masyarakat malah dengan jalan ceritanya yang lebih santai amat bersesuaian dengan tontonan seisi keluarga di rumah. Kami harap filem ini bukan sahaja mampu memberi hiburan semata-mata kepada penonton Astro tetapi turut menyampaikan mesej tersirat yang boleh di ambil sebagai pengajaran,” tambah Raja Jastina.

Muncul dengan kelainan, Astro Shaw  dan produksi Aplha47 Films mempersembahkan hantu yang kelakar, suka pamerkan aksi comel dan mampu berinteraksi dengan manusia. 



Selain mendapat sentuhan kreatif pengarah Razaisyam Rashid dan Azri Azman, ‘Saka Nan Sepi’ sarat dengan unsur komedi dan nilai kekeluargaan dengan objektif penonton dapat merasainya menerusi lakonan mantap barian pelakon terkenal seperti Syafiq Kyle, Mimi Lana, Sherry Alhadad, Namron, Ayie Hushairi Husain dan Han Zalini

Jika kebiasaanya, kehadiran hantu pasti mengundang rasa takut dan menyeramkan tetapi bezanya ‘Saka Nan Sepi’ memperlihatkan hantu yang takut kepada manusia. 

Ia dapat disaksikan menerusi watak Girlboy/Saka yang merupakan hantu yang kelakar, takutkan manusia dan kucing, rajin membantu serta pendengar yang baik. 

Manakala pelakon lain seperti Namron membawa watak seorang bapa yang romantik dan kelam kabut, Sherry Alhadad jayakan watak seorang isteri baru kepada ayah bekas rakan sekelasnya tetapi kehadirannya tidak diterima oleh anak-anak tirinya, manakala, Syafiq Kyle membawa watak seorang anak lelaki yang penakut dan banyak habiskan masa bermain game waima Mimi Lana memegang watak anak perempuan yang sentiasa dengan dunianya sendiri.



‘Saka Nan Sepi’ berkisar pada keluarga Othman (Namron) lyang meluangkan masa dengan berkhemah di dalam hutan. Tiba-tiba anaknya Rozi (Mimi Lana)  dirasuk. Mereka terus mambawa Rozi berjumpa bomoh Tok Kassim (Ayie Hushairi Husa) untuk berubat. Saka tersebut tertarik dengan Rozi dan memilih untuk tinggal dengan keluarga Othman.

Apabila pulang ke rumah, Othman, Zaiton (Sherry Alhadad), Sufian (Syafiq Kyle) dan Rozi mula nampak kelibat Saka tersebut dan mereka hidup dalam ketakutan, sekali gus menyebabkan mereka berempat sentiasa duduk bersama tidak kira ketika makan, tidur serta melakukan aktiviti. 

Ketakutan mereka hilang apabila melihatkan Saka itu takut kucing tetapi bersifat lemah lembut dan rajin membantu. Apabila keluarga Othman boleh menerima Saka itu dan memberi nama Girlboy, Tok Kassim kembali untuk mencuri Girlboy.

Apa berlaku kemudian? Nak tahu kesudahannya saksian filem televisyen, ‘Saka Nan Sepi ‘yang akan berada di pawagam rumah anda, Astro First di saluran 480 dengan hanya melanggan pada kadar bayaran RM15 di mana jika tak puas boleh ulang tonton selama dua hari berturut-turut sehingga pecah perut ketawa.

Anda juga boleh strim ‘Saka Nan Sepi’ di Astro Go atau On Demand.  Dalam pada itu, mungkinkah ada 'jodoh' antara Syafiq Kyle dan Mimi Lana sekali lagi? - KitaReporters



2
0
0
0
0
You will be interested