PERTANDINGAN Gegar Vaganza 8 (GV8) Episod 4 di Astro Ria pada Ahad, 12 Disember 2021 memperlihatkan antara peserta yang mahu mempertingkatkan mutu persembahan dan peserta yang kurang menonjol dan terpaksa menerima kritikan pedas juri hingga berada dalam senarai terbawah dan tersingkir.
Peserta yang berusaha keras memberikan persembahan terbaik menerima markah 70 ke atas. Sementara peserta yang diberi kritikan pedas adalah yang menerima markah bawah 60.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Gegar Vaganza
Nyanyian 'bIjak' Adibah membolehkan dia menjuarai Episod 4 GV8
Adibah Noor kini semakin menonjolkan kemampuannya sebagai penyanyi dengan menduduki tangga pertama dengan 78.1 markah.
Adibah menjadi penyanyi yang bijak. Dia mengolah lagu pop balada ciptaan dan dendangan Melly Goeslow dan Ari Lasso kepada gaya keroncong. Juri tetap, Hetty Koes Endang memuji kreativiti dan kemampuan vokal Adibah.
Pujian juga turut diberI oleh juri tetap yang terdiri daripada Datuk Ramli M.S, Hetty Koes Endang, Datuk Shafinaz Selamat dan juri jemputan Datuk Seri Shah Rezza kepada dua lagi peserta iaitu Nikki Palikat dan Suki Low.
Nikki yang menyampai lagu 'Zombie' (nyanyian Cranberries) menduduki tempat kedua dengan 76.6 markah. Sementara Suki Low yang menyanyikan lagu ‘Jampi’ ciptaan dan nyanyian Hael Husairi menduduki tempat ketiga dengan 75 markah.
ALIFF AZIZ
Ketiga-tiga penyanyi ini diramal akan memasuki peringkat akhir dan salah seorang akan menjadi juara.
Namun seorang penyanyi yang turut diramal mampu menjadi juara, Aliff Aziz memberi persembahan agak mendukacitakan. Aliff yang selama tiga episod menjadi juara, persembahannya merosot dalam episod 4.
Juri tetap, Shafinaz kecewa dengan kemerosotan persembahan Aliff.
Turut menonjol persembahannya ialah penyanyi Aweera, membolehkan dia menduduki tangga ke-4.
Empat penyanyi yang berada di senarai terbawah, Ani Maiyuni, Upiak Isil dan Datuk Dr Fazley Yaakob mendapat kritikan pedas daripada para juri.
Dr Fazley masih tiada perubahan untuk memperbaiki persembahan. Juri tetap, Shafinaz meminta dia mengikut kelas vokal jika mahu terus bergiat dalam bidang nyanyian.
Menurut Shafinaz persembahan Dr Fazley yang terbaik daripada episod-episod sebelumnya, namun masih banyak kelemahan.
Dr Fazley tersingkir setelah hanya memperoleh 50 markah iatu jumlah lebih rendah berbanding dengan peerta pertama tersingkir pada minggu ke-2 iaitu Nico G yang memperoleh cuma 50.6 markah.
Penyanyi Upiak Usil, mungkin menjadi peserta yang akan mengucap ‘selamat tinggal’ pada episod ke-5 nanti. Dalam episod ke-4, Upiak terselamat kerana cuma berbeza 0.5 markah daripada Dr Fazley.
Juri tetap, Hetty memberi kritikan pedas atas penonjolan tidak bermaya Upiak.
Sementara itu, penyanyi Shidee memperlihatkan peningkatan persembahan. Dia menyampaikan lagu ‘Hati Yang Terluka’ dengan baik dengan suaranya masih seperti berusia 20-an dan mendapat pujian Shafinaz. Dan Shah Rezza pula memuji Shidee tidak meniru gaya penyanyi asalnya, Broery Marantika.
Episod seterusnya dinantikan penuh debaran, adakah penyanyi-penyanyi dalam senarai teratas akan terus cemerlang dan ramalan penyanyi yang tersingkir akan menjadi kenyataan. - KitaReporters
Berikut ialah senarai markah peserta GV8:
01 Adibah Noor 78.1
02 Nikki Palikat 76.6
03 Suki Low 75
04 Aweera 72
05 Shidee 69.1
06 Aliff Aziz 72
07 Azan Scan 68.4
08 Kumpulan SA.YA 64.8
09 Ani Maiyuni 57.8
10 Bandi Amuk 55.5
11 Upiak Usil 50.5
12 Datuk Dr Fazley 50