SIKIT-SIKIT lama-lama jadi bukit itulah yang sering kita guna sebagai usaha menabung! Walaupun kecil nilai namun sekiranya berterusan nilai itu pasti berganda.
Begitu juga dengan kisah pasangan suami isteri muda yang berkongsi kisah mereka menabung. Uniknya cara mereka menabung sangat berbeza.
Lagi kisah-kisah menarik berkaitan menabung
Menerusi perkongsian seorang pemuda dalam Twitter Wan Zullnaidi @WZullnaidi, isterinya menyimpan tabung kesayangan itu di tepi mesin basuh. Aik? Pelik bunyinya! Kenapa di tepi mesin basuh?
Biasanya tabung ini diletakkan di dalam bilik dan tersusun cantik di atas meja, nak menabung pun jadi bersemangat
Namun berbeza pula dengan lelaki berkenaan yang
dikatakan menyembunyikan tabung kesayangan mereka itu di tepi mesin basuh.
Rupanya ada sebab pasangan berkenaan meletak tabung
itu di kawasan berkenaan.
Kongsinya, setiap kali isterinya terjumpa baki wang di
dalam saku mahupun baju, dia akan memasukkannya ke dalam tabung.
Kini selepas setahun pasangan itu membuat keputusan
untuk pecahkan tabung berkenaan dan mengira ‘hasil’ simpanan selama setahun
Wow! ternyata usaha murni pasangan itu membawa keuntungan, siapa sangka wang itu rupanya bernilai RM1,424. Malah lelaki itu menjelaskan jumlah berkenaan tidak termasuk dengan wang syiling.
Dia kemudian berkongsi panduan cara menabung dengan
cara yang mudah.
Katanya, dia hanya membelikan tabung yang murah dan tidak boleh dibuka. Kemudian tabung berkenaan ditempatkan di tepi mesin basuh.
“Sebelum membasuh seluar dan baju suami, seluk ke
dalam poket. Baca Bismillah, insya-Allah jumlah duit baki yang suami tinggal ada,” kongsinya
di twitter berkenaan.
Malah lelaki berkenaan sempat memberi nasihat supaya berdisiplin dalam urusan menabung. "jika ada duit lebih juga, masukkan ke dalam tabung jangan dok gatal-gatal nak simpan dalam poket balik,” tambahnya.
Cukup setahun maka barulah tabung itu dipecahkan dan
dikira jumlahnya.
Hari ini pasangan itu girang kerana duit lebihan yang
dianggap ‘tidak bernilai’ itu rupanya membawa jumlah yang besar.
Kongsi Wan Zullnaidi, isterinya berhasrat untuk mendermakan 10
peratus daripada wang tabungan mereka kepada masjid.
Alhamdulillah, semoga perkongsian pasangan ini memberi
inspirasi kepada pembaca untuk menjadi amalan menabung sebagai cara menyimpan,
mungkin simpanan itu berguna ketika kecemasan. - KitaReporters