Seni & Sukan 09 Jun, 2022

Video| Majlis nikah kecoh! Keluarga isteri pertama serang rumah wanita! Gagalkan akad nikah kedua!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: [email protected]

Share this


SUASANA majlis pernikahan menjadi kecoh apabila rombongan keluarga isteri sah datang ‘menyerang’ suaminya di majlis pernikahan bersama wanita lain (isteri muda) yang dipercayai berlaku di Lumajang, Jawa Timur, Indonesia pada 5 Jun 2022.

Kehadiran rombongan keluarga isteri pertama terbabit yang tidak diduga itu sangat marah dan meminta majlis ijab kabul yang bakal diadakan pada waktu itu dibatalkan kerana pengantin lelaki sudah memiliki seorang isteri dan anak.

Sebuah video viral dalam media sosial yang dimuat naik oleh akaun TikTok @m ridwan pada 5 Jun 2022.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan majlis-majlis berkahwin



Dalam video berkenaan, kelihatan rombongan keluarga isteri pertama (pengantin lelaki) berada di luar rumah pengantin bakal isteri kedua.

Selepas itu, rombongan tersebut masuk ke dalam rumah pengantin wanita yang hampir melangsungkan majlis pernikahan dengan bakal suaminya yang mempunyai isteri yang datang membawa rombongan tadi. Pengantin wanita (isteri kedua) memakai baju gaun berwarna putih.

“Saya dari keluarga isteri sah Pak Yusuf (pengantin lelaki),’’ kata seorang wanita yang dipetik dari portal Tribunnews.com pada 6 Jun 2022 lalu.



Seorang lelaki yang dipercayai bapa kepada pengantin wanita itu menyuruh isteri sah duduk dan berbincang secara elok.

Namun, rombongan wanita itu tetap berkeras tidak mahu acara pernikahan Pak Yusuf itu dilangsungkan

“Monggo bu (silakan duduk ibu),’’ kata seorang lelaki lain.

“Jangan diteruskan ya, jangan diteruskan,’’ ucap wanita daripada rombongan isteri sah.

Keluarga isteri pertama menjelaskan bahawa Pak Yusuf  yang akan menikah di rumah tersebut sudah beristeri dan mempunyai anak.



Namun, pengantin wanita itu sudah mengetahui Pak Yusuf telah beristeri serta mempunyai anak dan dia menganguk kepala sebagai tanda calon isteri kedua itu sudah mengetahui status berkahwin Pak Yusuf.

Sehingga kini, video tersebut telah ditonton hampir 16 juta pengguna dan pelbagai komen yang diberikan mereka tentang pernikahan Pak Yusuf dengan calon isteri keduanya. 

Suasana di rumah pengantin wanita semakin kecoh lagi menyebabkan seorang lelaki dari keluarga pengantin wanita cuba memenangkan keadaan dengan mengatakan pernikahan antara Pak Yusuf dengan pengantin wanita  belum dilakukan lagi ketika itu  akibat rombongan keluarga isteri pertama sampai ketika hampir acara akad nikah dilangsungkan.



Bagaimanapun, keluarga isteri pertama akan bertindak melaporkan kepada pihak polis sekiranya pernikahan tersebut diteruskan pada hari itu.

Keluarga isteri sah itu sangat marah sekiranya pernikahan itu dijalankan kerana isteri pertama itu tidak sanggup hidup bermadu serta berkongsi kasih sayang dengan wanita lain.

Entah bagaimana kesudahan kejadian itu sama ada pernikahan itu dilangsungkan ataupun sebaliknya tiada maklumat rasmi yang dilaporkan. - KitaReporters


 

13
19
0
14
0
You will be interested