Seni & Sukan 12 Apr, 2020

MERDU!! AISYAH ISTERI RASULULLAH VERSI TOK TI

@amirul
Pernah berkhidmat sebagai wartawan. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this

SEJAK kebelakangan ini, lagu parodi 'Aisyah Isteri Rasulullah' telah menjadi tular dalam media sosial terutama dalam YouTube dan ramai orang mula memberi perhatian terhadap lagu tersebut dengan 'cover' mengikut style yang tersendiri.  Bahkan, ia bukan sahaja popular di Malaysia, malah turut menjadi viral di negara lain termasuk Indonesia. : KitaReporters

Tokti cover lagu Aisyah Isteri Rasulullah. - Kredit YouTube Siti Official Video. 


Penyanyi nombor 1 negara, Dato Seri Siti Nurhaliza Tarudin atau lebih mesra dengan panggilan Tok Ti turut 'cover' lagu ini dan ia membuktikan bahawa lagu tersebut sememangnya telah menjadi viral ketika ini. 

Lagu ini pada asalnya adalah lagu Aisyah yang dinyanyikan oleh Projektor Band, namun Ustaz Hasbi Muh Ali telah menukar lirik itu dengan menjadi Aisyah RA, sebelum sekali kali ia ditukar kepada Aisyah Isteri Rasulullah oleh orang Indonesia.

Menurut Ustaz Hasbi Muh Ali menerusi Harian Metro, beliau menulis lirik tersebut bukan sesuka hatinya, sebaliknya beliau melakukan rujukan terhadap 9 hadis mengenai Aisyah RA.


Gambar Kredit Instagram Ctdk


Dengan lontaran vokal serta suara yang sukar dipertikaikan lagi, nyanyian yang disampaikan oleh Tok Ti dengan cara bersahaja di channel Youtube miliknya sudah cukup untuk memukau para pendengar terutama peminat beliau.

Jika dilihat dalam ruang komen channel YouTube Tok Ti ini, boleh dikatakan hampir kesemua orang kagum serta memuji suara Tok Ti itu.








3
0
0
0
0
You will be interested