Seni & Sukan 03 May, 2020

Aizat Amdan rempuh majlis kahwin? Apa hal? Cekidot videonya

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com.

Share this

Penyanyi kelahiran program nyanyian realiti Akademi Fantasia musim ke-5, Aizat Amdan khabarnya pada Februari 2020 merempuh tiga majlis perkahwinan untuk melakukan persembahan kejutan buat pasangan pengantin. Kini video mengenai "Aizat Amdan Wedding Crash" (Aizat Amdan Rempuh Majlis Kahwin) sudah siap dan dimuat naik ke YouTube bagi tontonan umum. - KitaReporters.com.


Apa pun pasti pasangan pengantin yang terlibat seronok kan apabila majlis perkahwinan mereka diraikan bersama oleh pemilik nama penuh Muhammad Aizat Amdan, 31, yang juga seorang pencipta lagu prolifik ini.

Sebenarnya, Aizat bukan sengaja mahu cari gaduh apabila merempuh majlis perkahwinan tu tau tetapi adalah sebahagian daripada gimik persembahannya bagi penggambaran video terbaharunya. “Aizat Amdan Wedding Crash” yang mempunyai dua bahagian.

Idea menghasilkan video berkenaan terhasil seiring dengan lirik dan video muzik di dalam single Aizat berjudul “WAKTU’ yang telah dilancarkan pada pada awal tahun 2020 ini.

Terdahulu. pada pertengahan Februari lalu, Aizat ada memuat naik video melalui Instagramnya dengan menawarkan persembahan percuma pada sesiapa yang ingin kehadiran beliau di sebarang meraikan majlis perkahwinan.


“Assalamualaikum, anda inginkan penyanyi majlis perkahwinan anak/kakak/adik/abang/makcik/pakcik/nenek/atuk/sedara/sepupu? Silakan isikan detail di highlight saya.” tulis Aizat dalam IG-nya.

“Kami mendapat permintaan yang begitu banyak dalam laman sosial Aizat saat dia bertanya siapa yang mahukan persembahan kejutan di perkahwinan mereka. 

"Namun kami hanya mampu memenuhi tiga permintaan bertuah sahaja dan berharap dapat memenuhi lebih banyak permintaan pada masa hadapan,” ujar Pengurus Bahagian Domestik Warner Music Malaysia, Shah Shamshiri.

Penggambaran yang dilakukan sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan akibat pandemik COVID-19 hanya mengambil masa selama 2 hari sahaja, di mana Aizat berjaya merempuh tiga majlis perkahwinan yang diadakan di Bangi, Klang (Bahagian 1) dan Melaka (Bahagian 2).

"Kami tahu ramai yang meminati Aizat serta lagu-lagunya jadi kami sangat gembira apabila Aizat sendiri bersetuju dengan idea ini," tambah Shah.

Melalui saluran YouTube Aizat Amdan yang mempunyai langganan penonton seramai 61.4k, beliau turut mempromosikan video terbabit ‘Aizat Amdan Wedding Crash’ Part 1 sambil berkata:

“Saksikan kisah dan perjalanan di sebalik bagaimana Aizat Amdan menjayakan wedding crash ini! 

"Betapa impaknya Aizat Amdan dalam menceriakan hari kebahagiaan dua pasang pengantin terbukti pada reaksi mereka dan orang sekeliling!”

Sambil mengucapkan terima kasih kepada pemenang yang terpilih antaranya Farah Hazwani dan Noormawati yang memberi ruang untuk memeraiahkan majlis, plantun lagu “Dup Dup” ini turut berharap agar selepas badai COVID-19 ini berakhir, dapatlah dia memeriahkan lagi majlis-majlis perkahwinan seperti itu.

“Sama-sama kita doakan dijauhkan virus ini dan keadaan pulih sebaiknya,” tulis Aizat.

Jadi bagi pasangan pengantin yang bertuah serta para tetamu yang hadir bolehlah menonton aksi masing-masing dalam video bahagian pertama “Aizat Amdan Wedding Crash’.: - KitaReporters

1
0
0
0
0
You will be interested