Seni & Sukan 23 Jan, 2023

Video| Tolong kami! Bantu Mak Wan Latah! Perlu wang untuk kelangsungan hidup! Beli ubat, bayar hutang!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

Mak Wan perlu membeli sejumlah ubat untuk penyakit darah tingging, kencing manis dan asma.

Sejumlah insan seni veteran terkesan hidup mereka apabila semakin kurang mendapat peluang berlakon.

Antara yang kini merintih keperitan hidup ialah pelakon yang dikenali sebagai Mak Wan Latah atau nama sebenarnya Halimatussa'diah Mohd Daud, 62.

Mak Wan Latah kini sudah putus wang dengan tiada wang untuk membeli ubat, hutang bertimbun dan dikejar pihak yang menuntut hutang.

Mak Wan tinggal sendirian dan tidak ada masalah untuk berlakon

Dia masih ada kudrat berlakon kerana itulah sumber rezekinya buat bertahun-tahun tetapi kini telah putus. Justeru, Man Wan Latah berharap mana-mana produser atau pengarah dapat memberi sebarang peranan untuknya.

Mak Wan Latah selama ini banyak membawa watak sebagai wanita berusia baik sebagai mak, mak cik hingga orang gaji.

Bagi Mak Wan Latah, tahun 2022 adalah tempoh kelam baginya. Dia diduga dengan pelbagai kontroversi.

Antaranya perkahwinan ketiganya yang hanya bertahan tiga bulan dan isu dengan bekas pembantu peribadinya sehingga kes dibawa ke mahkamah. 

Disebabkan kesempitan wang dia sering menerima mesej daripada pihak yang mahu menarik balik barang-barang yang masih belum dilunas bayarannya.


Banyak menghabis masa dengan kegiatan agama

Menurut pelakon veteran ini, dia terpaksa menunggak bayaran sejak setahun lalu. Jika ada sedikit duit, dia perlu membeli sejumlah ubat untuk sakit kencing manis, darah tinggi dan asmanya,

Selain itu, Mak Wan Latah ada ketikanya perlu berulang-alik ke Taiping, Perak bagi menghadiri perbicaraan, yang masih berlangsung, atas tuduhan berkelakuan aib iaitu meludah terhadap seorang wanita.

Tambahnya lagi, setiap bulan dia perlu membeli ubat-ubatan penyakit diabetes, darah tinggi dan asma dihidapinya yang menelan kos tinggi.

Mak Wan Latah kini tinggal bersendirian di Kepong, Kuala Lumpur dan banyak menyibukkan diri dengan aktiviti keagamaan serta mendekatkan diri kepada Allah agar dia tidak menghadapi kemurungan. Dia cuba untuk tidak menangis atau memikirkan masalah yang berlaku selain mendekatkan diri kepada Allah.

Kisah yang dialami Mak Wan Latah adalah antara rentetan peristiwa kelam yang dialami sejumlah insan seni termasuk di belakang tabir termasuk bidang muzik setelah hilang tawaran kerja. - KitaReporters


10
17
0
14
0
You will be interested