Pelakon Zul Ariffin, 35, yang terpalit dengan beberapa peristiwa kontroversi kini melakukan satu lagi perkara yang mengejut tetapi ia perkara baik.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pelakon Zul Ariffin
Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagramnya, Zul berkongsi sebuah video pendek menunjukkan dia berada di hadapan Kaabah sambil tersenyum memandang ke arah kamera.
Pada ruangan kapsyen, Zul berkongsi emoji berbentuk Kaabah, tangan (menadah doa) dan simbol hati sebagai simbolik kesyukuran dapat menyempurnakan ibadah umrah.
Menerusi hantaran berbeza, pelakon ini turut berkongsi foto bergambar berlatarbelakangkan Kaabah serta ribuan jemaah lain yang turut berada di Mekah.
Dalam ruangan komen, rata-rata pengikut Instagramnya turut berkongsi rasa syukur dan gembira apabila pelakon kesayangan mereka dapat menyempurnakan ibadah yang menjadi dambaan seluruh umat Islam.
Malah, ada antara netizen mendakwa wajah pelakon itu kelihatan berseri-seri ketika berada di Mekah dalam berpakaian ihram.
“MasyaAllah berseri-seri wajah. Alhamdulillah,” kata seorang peminat.
“Sejuk mata memandang,” kata seorang lagi peminat.
“Alhamdulillah. Doakan kami semua dapat ke sana lagi (Mekah). Semoga mendapat ibadah umrah yang mabrur, diberikan keberkatan dan kesihatan yang baik,” doa seorang pengguna Instagram.
Sebelum mengerjakan umrah, Zul mengunjungi Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) selama beberapa hari.
Akibat bocornya video ‘teaser’ itu, drama ‘Perempuan Itu’ yang sepatutnya disiar pada Ramadan lalu di TV3, digantung tayangannya.Zul menjadi bualan hangat tidak lama dahulu apabila pada Mac 2022 dia memuat naik sedutan video ‘teaser’ drama ‘Perempuan Itu’ yang memperlihatkan Zul beraksi kurang wajar dengan pelakon Siti Hariesa iaitu mendukung dan menyuapkan krim putar.
Akibat bocornya video ‘teaser’ itu, drama ‘Perempuan Itu’ yang sepatutnya disiar pada Ramadan lalu di TV3, digantung tayangannya.
Dan tidak lama kemudian kecoh gambar Zul beraksi mesra dengan pelakon Ruhainies bagai ‘suami isteri’.
Namun pelakon bertubuh sasa ini enggan mengulas mengenai dua peristiwa yang dianggap ‘panas’ itu. - KitaReporters