Seni & Sukan 01 Dec, 2023

Video| Saya mahu kembali dalam bidang seni! Hasilkan lagu bermutu semasa dirawat di hospital! - Yasin

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

Penyanyi dan komposer Muhammad Yasin Sulaiman, 48, bersyukur selepas dilepas dan dibebaskan daripada 3 tuduhan kes dadah oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada Rabu, 29 November 2023.  

Sehubungan itu, bekas anggota kumpulan nasyid Brothers dan popular dengan lagu ‘Mimpi Laila’ ini berharap akan dapat  kembali menyerlah dalam bidang seni. 

Tambahnya, dia akan menggunakan sepenuhnya waktu dirawat di Hospital Bahagia, Ulu Kinta, Perak untuk menghasilkan lagu-lagu bermutu. 


Muhammad Yasin Sulaiman memperlihat kegembiraanya menerima keputusan mahkamah.

Terdahulu selepas melepaskan Yasin, Hakim Faiz Dziyauddin mengarahkan penyanyi itu ditempatkan di bawah jagaan selamat di Hospital Bahagia, Ulu Kinta, mengikut Seksyen 348(1) Kanun Tatacara Jenayah (KTJ). 

Yasin terpaksa menghuni Hospital Bahagia itu selama tempoh mengikut perkenan Sultan Selangor di bawah Seksyen 348(2) KTJ.

Menurut Hakim Faiz, Yasin (tertuduh) dilepas dan dibebaskan atas alasan semasa kejadian sebagaimana didakwa pada 24 Mac 2022, tertuduh berada dalam keadaan mentalnya yang tidak waras walaupun sedar akan perbuatannya.

Tambahnya, gejala maniak (emosi tidak stabil) dialami masa itu menyebabkan kemerosotan kognitif pada tahap teruk sehingga tertuduh tidak mampu untuk mengetahui bahawa perbuatannya adalah salah dan bertentangan undang-undang.

/


Mendengar kata hakim itu, Yasin yang memakai baju-T hitam menunduk dan terkejut sebelum dipeluk oleh anak perempuannya yang berada di galeri awam. 

Beberapa ahli keluarga Yasin turut menangis sementara ibunya, Suzanah Abdullah, 73, mengucap syukur "alhamdulillah". Turut hadir Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Datuk Freddie Fernandez. 

Yasin dalam pertemuan dengan media selepas dibebas menyatakan beliau sedia ditahan di Hospital Bahagia untuk rawatan  bipolar yang dihadapinya. 

Beliau juga akan meminta perkenan daripada Sultan Selangor bagi membolehkan dia  balik kampung.


Yasin ketika dibawa masuk ke kamar mahkamah


Yasin menghadapi tiga pertuduhan: Pertuduhan pertama ialah didakwa memiliki dadah berbahaya jenis kanabis seberat 193.7 gram di kediamannya di Persiaran Surian, Damansara Indah Resort Home, Kota Damansara.

Pertuduhan kedua ialah dia didakwa menanam 17 pokok dalam pasu plastik berisi tanah yang mana daripadanya kanabis yang diperolehi secara terus atau tidak langsung.

Pertuduhan ketiga, pula ialah dia didakwa memberikan dirinya dadah berbahaya jenis ’11-nor-delta-9 tetrahydrocannabinol-9- carboxylic acid’ di Pejabat Narkotik, Ibu Pejabat Daerah (IPD) Petaling Jaya. - KitaReporters

18
13
0
13
0
You will be interested