Seni & Sukan 23 Jul, 2022

Piala Futsal Malaysia 2022: Selangor MAC bangkit untuk muncul johan! Pahang Rangers FC naib johan!

@amirul
Pernah berkhidmat sebagai wartawan. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this


Kredit foto-foto: FB FAM, Arena Futsal Malaysia  


SELANGOR MAC menepati ramalan untuk muncul juara Piala Futsal Malaysia (MFC) Cuckoo 2022 selepas menewaskan Pahang Rangers FC dengan keputusan 4-3 pada perlawanan akhir yang berlangsung di Kompleks Sukan Negara Panasonic, Shah Alam, Selangor pada malam tadi, 23 Julai 2022.  

Permainan pantas kedua-dua pasukan dan serangan demi serangan yang ditampilkan menghiburkan para penonton yang hadir. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Piala Futsal Malaysia



Perlawanan sedikit tegang pada minit ke-9 berpunca daripada 'tackle' lewat daripada pemain Selangor menyebabkan pemain kedua-dua pasukan marah dan berlaku bergaduhan kecil. 

Tindakan kurang bijak ini memberi mengundah padah selepas pengadil perlawanan memberikan kad merah kepada seorang pemain Selangor MAC dan seorang pemain Pahang Ranger dan beberapa kad kuning untuk pemain dari kedua-dua pasukan. 

Ini menyebabkan mereka terpaksa bermain dua minit tanpa seorang pemain dan masing-masing ada peluang untuk menjaringkan gol. Pahang Ranger dilihat lebih banyak mengasak ke kubu Selangor MAC dalam usaha untuk mendapatkan gol pertama perlawanan.  



Menepati status pasukan pilihan untuk berada di perlawanan akhir, kedua-dua mempamerkan corak permainan yang laju dan pantas. Pahang Rangers mempunyai banyak peluang untuk menjaringkan gol namun sering mempersia peluang tersebut. 

Berbaki 19 saat sebelum separuh masa pertama tamat, Mohd Ridzwan Bakri mengambil peluang terhidang atas kesilapan pemain Selangor MAC untuk membuka tirai jaringan.



Bermula separuh masa kedua, Selangor MAC tidak perlu menunggu lama untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-21 hasil jaringan Mohd Khairul Effendy Mohd Bahrin. Selangor MAC bagai mendapat tonik dari jaringan tersebut terus mempamerkan kualiti permainan yang berbeza pada separuh masa kedua.  

Dalam pada masa sama, Pahang Ranger seperti hilang fokus apabila sering melakukan kesilapan demi kesilapan dan pemain Selangor MAC tidak melepaskan peluang untuk menghukum mereka. 

Tidak sampai 2 minit, Selangor MAC menambah jaringan menerusi Mohd Firdaus Ambiah dan Khairul Effendy sekali lagi meletakkan nama beliau selaku penjaring. 

Pahang cuba bangkit dengan menggunakan taktikal 'power plays' untuk merapatkan jaringan. Namun dalam keghairahan Pahang Rangers menyerang, Mohd Firdaus sekali lagi mencetak nama selaku penjaring untuk mengukuhkan kedudukan. 


Kredit foto-foto: FB FAM, Arena Futsal Malaysia  


Pahang Rangers akhirnya dapat jaringan kedua dan ketiga menerusi Farhan Khairul Anuar dan Akmarulnizam Idris namun itu sudah terlewat untuk mengherat perlawanan masa tambahan. 

Kemenangan ini membolehkan Selangor MAC kekalkan kejuaraan untuk sekian kalinya dan Pahang Rangers sekali lagi terpaksa berpuas hati  di tempat kedua untuk sekian kalinya

Selangor MAC mencatat kejuaraan berganda selepas muncul juara dalam saingan Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) 2022 dan kedudukan kedua juga merupkan pasukan yang sama yakni Pahang Rangers. - KitaReporters


12
13
0
16
0
You will be interested