Seni & Sukan 07 Aug, 2022

Terima kasih Haydee Agras! Pakar analisis perlawanan umum tinggalkan JDT! Selepas Benjamin Mora!

@fitri hazim
Memulakan kerjaya sebagai wartawan penyiaran pada tahun 2016. Pengalaman dan peranan besar liputan Pilihan Raya Malaysia dan Bajet. Beralih sebagai wartawan akhbar serta banyak terlibat liputan jenayah dan bencana alam. (fitrihazim@outlook.com)

Share this

Sumber foto: Instagram Haydee Agras  


PAKAR analisis perlawanan bagi pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Haydee Agras mengumumkan pengunduran beliau daripada pasukan juara Liga Super lapan tahun berturut-turut itu.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Haydee menerusi laman Instagram miliknya serta beliau memberi perhargaan kepada pemilik kelab, Tunku Ismail Sultan Ibrahim di atas peluang dan kepercayaan terhadap beliau untuk berkhidmat kepada pasukan gergasi tersebut.

Selain itu, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada bekas jurulatih, Benjamin Mora yang memberi kepercayaan kepadanya untuk menjadi sebahagian daripada barisan staff bekas jurulatih yang dianggap paling berjaya dalam pasukan.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Haydee Agras



“Terima Kasih kepada TMJ di atas peluang menjadi sebahagian daripada keluarga JDT. Peluang yang diberikan membantu kerjaya saya lebih berkembang dengan pemerhatian, layanan dan fasiliti lengkap yang disediakan untuk saya berjuang demi kelab.

“Terima kasih juga kepada jurulatih Benjamin Mora. Tahap profesionalisme, cara kerja dan sifat kemanusiaan adalah melebihi pencapaian anda sebagai ketua jurulatih JDT. Dan ini membuktikan banyak perkara. Legasi.

“Tiba masa untuk susun semula dan bermula semula. Tanpa rasa penat. Luaskan kuasamu Johor,” ujarnya dalam laman Instagram miliknya.



Mengikut rekod, Haydee yang merupakan bekas pemain futsal berasal dari Mexico diberi tugasan untuk menyediakan kira-kira 300 laporan lengkap (analisis) perlawanan dan menonton 400 perlawanan bola sepak setiap tahun melalui peranannya bersama pasukan Harimau Selatan itu yang bukannya calang-calang tugas.

Pemergian Haydee sekali gus mengikuti jejak langkah bekas jurulatih, Benjamin Mora yang meninggalkan pasukan ekoran masalah peribadi seperti yang diumumkan baru-baru ini. - KitaReporters


Sumber foto: Instagram Haydee Agras 

6
18
0
13
0
You will be interested