Seni & Sukan 16 May, 2024

UPSI anjur Ultimate Frisbee Open! Lestarikan sukan pantai untuk tingkatkan daya tarikan pelancong!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: [email protected] atau [email protected]

Share this


Oleh MUHAMMAD FATKHURROZAK SOKHIPUL HADI dan AMAL MOHD HISHOMUDIN


Sukan pantai mempunyai peminat yang tinggi dan pastinya ia juga akan menjadi daya tarikan pelancong untuk menikmati pantai di Malaysia.

Bagi merealisasikan matlamat ini, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) melalui Exco Sukan dan Rekreasi, Kolej Harun Aminurrashid (KHAR) telah menganjurkan Ultimate Frisbee Open yang berlangsung di Pantai Bagan Serai bertemakan komik Lawak Kampus.

Program berlangsung pada 21 April 2024 lepas dengan melibatkan seramai 216 peserta daripada pelbagai institusi pengajian tinggi. 



Ultimate Frisbee Open bertujuan mewujudkan perlawanan yang sihat dalam sukan frisbee di samping memperluas jaringan sosial dan kerjasama dalam kalangan peserta.

Program Ultimate Frisbee Open ini juga melibatkan kolaborasi daripada beberapa pasukan termasuk Majlis Perbandaran Sepang, Red Scorpion UPSI, Persatuan Piring Terbang Kuala Lumpur, Malaysia Flying Disc Association, Pusat Kesihatan UPSI dan Kadokawa Gempak Starz. 

Dr Che Anuar Che Abdullah, Pengetua KHAR menyatakan bahawa penglibatan mahasiswa IPT menggambarkan bahawa sukan pantai mempunyai tarikan yang besar dan mampu menjadi peneraju keberhasilan sukan negara.

“Saya yakin inisiatif tidak hanya memberi kesan terhadap pembangunan sukan pantai, tetapi ia juga mampu meningkatkan ekonomi dengan menarik lebih ramai pelancong untuk menikmati pantai-pantai kita,” katanya.


Pasukan HaPeace ungguli kejuaraan Kejohanan IPT Ulitimate Frisbee Open


Menurutnya lagi, penganjuran ini membuktikan bahawa UPSI sentiasa komited dalam menerajui pembaharuan yang dilakukan bersama mahasiswa untuk meningkatkan ekosistem perpaduan melalui program pendidikan, sukan dan ekonomi. 

Dalam kejohanan ini, pasukan HaPeace Ultimate dan Guerilla Ultimate unggul menjuarai carta liga di kumpulan masing-masing. 

Pasukan kebangsaan Malaysia juga tidak melepas peluang menyertai IPT Ultimate Frisbee Open sebagai persiapan menghadapi Kejohanan Frisbee Dunia yang akan diadakan di Jepun pada Jun 2024 nanti. - KitaReporters


Pasukan kebangsaan Malaysia membuat persiapan untuk Kejohanan Frisbee Open di Jepun pada Jun 2024 akan datang.

13
7
0
8
0
You will be interested