Seni & Sukan 16 Oct, 2022

Video| Sissy Imann kini berehat di rumah! Selamat jalani pembedahan! Perlu ditidurkan untuk dibedah!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

Penyanyi Sissy Imann Mohammad Kamil, 26, selamat menjalani pembedahan di sebuah hospital swasta di ibu negara semalam, Jumaat, 14 Oktober 2022. 

Pembedahan yang memerlukan dia ditidurkan itu bermula jam 11 pagi dan berakhir jam 6 petang. Sissy kemudian dibenarkan pulang dan kini berehat di rumah.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan prosedur pembedahan

Sissy Imann bersama ayahnya, Aliff Mohammad Kamil


Perkara itu dinyatakan oleh bapanya, Mohammad Kamil Moustaff, yang lebih dikenali sebagai Aliff Mohammad Kamil, 59.

"Sebelum masuk dewan pembedahan, dia ada cakap 'ayahanda jangan nangis nangis, kakak (Sissy) okay'.

Dia minta maaf juga."

Demikian kata si ayah mengenai pesanan dan kata-kata anaknya itu sebelum menjalani pembedahan di sebuah hospital di ibu kota pada 14 Oktober 2022. 




Bagaimanapun Kamil memegang pesanan anaknya dengan tidak menyatakan pembedahan itu terpaksa dilakukan untuk apa.

"Alhamdulillah, pembedahan berjalan lancar. Kami sudah bawa dia balik rumah pada petang semalam.

"Selepas keadaannya stabil, doktor menasihati agar berehat di rumah. Cuma, selepas lima hari perlu datang semula ke hospital bagi pemeriksaan lanjut," katanya kepada media.



Menurut Aliff, yang mesra disapa Ayahanda, Sissy tidak berkongsi mengenai penyakit dialami sehingga perlu menjalani proses pembedahan.

"Soal sakit Sissy biarlah dia sendiri yang terangkan nanti. Dia seorang saja tahu sakit apa. Sebab dia pun tak beritahu dan berkongsi dengan kami. Saya ada bertanya juga, tapi dia cakap tidak ada apa-apa. Dia cakap juga jangan tanya apa-apa selain meminta jangan risau," katanya lagi.

Tambah Aliff, dia menemani Sissy berjumpa doktor sebelum ke Sabah bagi menjalani penggambaran travelog.

Doktor menasihati Sissy supaya menjalani pembedahan segera. 

Aliff mengucapkan terima kasih kepada semua yang tidak berhenti mendoakan kesihatan dan kesejahteraan anaknya. 



Sebelum itu, Sissy menerusi hantaran dalam Instagram berkongsi bakal menjalani pembedahan, namun memohon semua pihak tidak bertanya kepada ahli keluarganya mengenai prosedur yang bakal dilakukan itu.

"Hari ini (semalam) adalah hari yang penting buat saya kerana bakal menjalani pembedahan yang memerlukan saya untuk ditidurkan seketika.

"Saya memohon jasa baik semua pihak untuk tidak menanyakan kepada ahli keluarga berkenaan isu ini. Terima kasih kerana memahami permintaan saya ini," katanya. - KitaReporters


8
10
0
11
0
You will be interested