Seni & Sukan 17 Sep, 2022

Berita baik bagi penerima BKM! Fasa 3 dibayar mulai 20 Sept 2022! Berjumlah RM2.2b! 8.7j penerima!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: kita.reporters@gmail.com atau editor.kitareporters@gmail.com

Share this


PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini (16 September 2022) mengumumkan pembayaran Fasa 3 Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dan Rayuan BKM akan dikreditkan ke dalam akaun penerima mulai 20 September 2022 secara berperingkat-peringkat dan dijangka selesai pada 27 September 2022.  

"Pembayaran berjumlah RM2.2 bilion ini akan memanfaatkan seramai 8.7  juta penerima yang terdiri daripada penerima BKM sedia ada kategori isi rumah, warga emas bujang/tiada pasangan dan bujang serta mereka yang telah lulus Rayuan BKM.  

"Untuk BKM Fasa 3, setiap penerima BKM sedia ada bakal menerima sehingga RM900

"Lebih daripada 80,000 penerima telah diluluskan Rayuan BKM dan akan menerima sehingga RM2,350 mengikut kategori kelayakan masing-masing termasuk Bantuan Tunai Tambahan yang diumumkan oleh Kerajaan pada Jun (2022) yang lepas. 

"Sehingga September 2022, sebanyak RM5.9 bilion telah disalurkan kepada penerima BKM melalui fasa pembayaran yang telah ditetapkan dan masih terdapat bayaran Fasa 4 berjumlah RM2.1 bilion yang akan disalurkan kepada mereka yang layak pada Disember 2022," katanya dalam satu kenyataan pada 16 September 2022. 



Menurut Perdana Menteri, Kerajaan sentiasa mengutamakan kebajikan seluruh Keluarga Malaysia terutama  ketika negara berdepan dengan cabaran kenaikan inflasi dan juga krisis geopolitik yang memberi kesan menyeluruh terhadap rantaian global.  

"Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) merupakan komitmen berterusan Kerajaan bagi meringankan beban golongan B40," tegas beliau.

Katanya lagi, "Kerajaan kekal komited dalam memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia terutama kumpulan sasar dengan aspek jaringan keselamatan sosial akan  terus diberi tumpuan di dalam Bajet 2023." - KitaReporters



Kenyataan media Perdana Menteri mengenai Pembayaran Fasa 3 Dan Rayuan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) bernilai RM2.2 bilion mulai Selasa, 20 September 2022 : 


1. Kerajaan sentiasa mengutamakan kebajikan seluruh Keluarga Malaysia terutama  ketika negara berdepan dengan cabaran kenaikan inflasi dan juga krisis geopolitik yang memberi kesan menyeluruh terhadap rantaian global.  

2. Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) merupakan komitmen berterusan Kerajaan bagi meringankan beban golongan B40. Maka hari ini saya mengumumkan:  

i. Pembayaran Fasa 3 dan Rayuan BKM akan dikreditkan ke dalam akaun  penerima mulai 20 September 2022 secara berperingkat-peringkat dan dijangka selesai pada 27 September 2022.  

ii. Pembayaran berjumlah RM2.2 bilion ini akan memanfaatkan seramai 8.7  juta penerima yang terdiri daripada penerima BKM sedia ada kategori isi  rumah, warga emas bujang/tiada pasangan dan bujang serta mereka yang telah lulus Rayuan BKM.  

iii. Untuk BKM Fasa 3, setiap penerima BKM sedia ada bakal menerima  sehingga RM900. Lebih daripada 80,000 penerima telah diluluskan Rayuan BKM dan akan menerima sehingga RM2,350 mengikut kategori kelayakan masing-masing termasuk Bantuan Tunai Tambahan yang  diumumkan oleh Kerajaan pada Jun yang lepas. 

iv. Sehingga September 2022, sebanyak RM5.9 bilion telah disalurkan  kepada penerima BKM melalui fasa pembayaran yang telah ditetapkan dan  masih terdapat bayaran fasa 4 berjumlah RM2.1 bilion yang akan disalurkan kepada mereka yang layak pada Disember 2022. 

3. Semakan status pembayaran boleh dibuat mulai 20 September 2022 melalui pautan https://bkm.hasil.gov.my. 

4. Kerajaan kekal komited dalam memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia  terutamanya kumpulan sasar dengan aspek jaringan keselamatan sosial akan  terus diberi tumpuan di dalam Bajet 2023. 

15
8
0
9
1
You will be interested