Seni & Sukan 14 Nov, 2022

Piala Malaysia 2022: Sabah FC teruskan kemaraan ke separuh akhir secara agregat! Akan bertemu JDT FC!

@amirul
Pernah berkhidmat sebagai wartawan. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this


JARINGAN Taiki Kagayama pada masa tambahan membolehkan Sabah FC mencatat kemenangan secara agregat 2-1 ke atas Kuching City FC dalam perlawanan kedua suku akhir Piala Malaysia 2022 pada Jumaat malam, 11 November 2022. 

Biarpun keputusan masa penuh terikat seri 1-1 namun kemenangan dalam perlawanan pertama tempoh hari membolehkan mereka melangkah ke separuh akhir untuk bertemu Johor Darul Ta'zim.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan perlawanan Piala Malaysia


Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Likas, keadaan padang yang hujan jelas sekali mempengaruhi corak permainan sehingga kedua-dua pasukan tidak boleh bermain dengan baik.  

Sabah dan Kuching City saling berbalas serangan untuk mencari jaringan namun ketumpulan barisan hadapan menyukarkan kedua-dua pasukan menjaringkan gol. 

Skuad bimbingan Ifran Bakti sepatutnya boleh memenangi perlawanan lebih awal ini tetapi banyak peluang yang hadir tidak dimanfaatkan dengan baik. 

Ketika perlawanan dilihat seperti akan berakhir 0-0, kesilapan pemain gantian Sabah, Ummareng Bacok tertampan bola ke gol sendiri pada minit ke-83 membolehkan pelawat menyamakan agregat 1-1. 

Kuching City hampir menamatkan perlawanan apabila satu peluang terbuka di depan gol namun sekali lagi dipersia. 



Perlawanan yang terikat secara agregat terpaksa dilanjutkan ke masa tambahan untuk mencari pemenang dan Taiki muncul wira selepas menanduk masuk hantaran lintang daripada Saddil Ramdani pada minit ke-94 untuk menceriakan penyokong tuan rumah untuk mendahului 2-1 secara agregat. 

Anak buah Ifran Bakti sekali lagi mempunyai peluang untuk menyamakan agregat tetapi dipersia untuk sekian kalinya. Dalam perlawanan ini, jelas 'tuah' tidak memihak kepada Kuching City apabila beberapa peluang yang sepatutnya gol tetapi terjadi sebaliknya. 

Bagi ketua jurulatih Kuching City, beliau tetap bangga kerana anak buahnya telah memberi aksi terbaik namun rezeki mereka hanya sampai di situ sahaja. 

Sementara bagi Sabah pula, peluang untuk memburu slot ke Piala AFC musim hadapan semakin dekat namun tugas sukar menanti di separuh akhir.  - KitaReporters


Kredit Foto : MFL 

10
12
0
14
0
You will be interested