Seni & Sukan 20 Dec, 2025

Video| Engku Emran tak mahu lagi dikenali sebagai bekas suami Erra! Tapi sebagai ayah Engku Aleesya!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
Pernah hidup bersama selama 7 tahun (2007-2014) sebagai suami kedua Erra Fazira, Engku Emran Engku Zainal Abidin, 50, tidak dapat lari daripada dianggap sebagai bekas suami selebriti sensasi itu.

Namun setelah semakin berusia dan Erra, 51, sudahpun mempunyai suami baharu, Mohamad Ezwan Mohamad Zain atau Mr E, membuat Engku Emran tidak lagi selesa dipanggil dengan gelaran itu.





Sebaliknya Engku Emran kini lebih selesa dikenali atau dipanggil sebagai bapa Engku Aleesya, 16.

Engku Emran yang merupakan seorang ahli perniagaan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TV Synergy Sdn Bhd menyatakan demikian dalam postingan (hantaran) terbaharu dalam akaun Instagramnya.

Engku Emran dalam IG-nya juga sempat berseloroh dengan mengatakan wajahnya persis pelakon terkenal Hollywood, Pedro Pascal yang berasal dari Santiago, Chile, 50.

“Tak ke rasa Engku Emran bekas laki Erra ni sebiji Pedro Pascal versi Muslim?,” tulisnya.



Ada iras antara Pedro Pascal (atas) dan Engku Emran?

Sebelumnya dalam IG-nya Engku Imran berkongsi foto bersama Aleesya, Erra dan suami baharunya, Ezwan Zain sewaktu menghantar anaknya di lapangan terbang KLIA, baru-baru ini.

Menurut Engku Emran, itu pertama kali dia bertemu dengan bapa tiri Aleesya dan mengalu-alukan kedatangan lelaki Itu ke dalam keluarga mereka dengan mesra.


Suasana mesra di KLIA, bapa dan bapa tiri perlihat kemesraan

Kemunculan bapa, ibu dan bapa tiri di KLIA memberi kesejahteraan kepada Aleesya untuk mengikuti kursus di United Kindom. Aleesya ke United Kingdom untuk mengikuti kursus pendek di Oxford kerana mendapat keputusan baik dalam  IGCSE (International General Certificate of Secondary Education).



Selepas berpisah dengan Erra Fazira (Fazira Wan Chek), Engku Emran juga pernah berkahwin dengan selebriti Indonesia, Laudya Chintya Bella, (September 2017- 2020) dan Noor Nabila (19 Mac 2021 – 25 September 2023). 

Nabila seorang usahawan adalah kakak Neelofa dan bekas isteri pelakon Sharnaaz Ahmad. - KitaReporters


Gambar kenangan Engku Aleesya ketika kecil bersama ibu bapa


15
14
0
7
0
You will be interested