Seni & Sukan 25 Jun, 2024

Video| Dolla terus buktikan mereka Here4U walaupun tanpa Syasya! Demi iDolla! Akan ada pengganti ke?

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com. Email: farizaum@yahoo.com

Share this


Daripada empat orang tinggal bertiga. namun kumpulan Dolla yang mencipta nama dalam masa yang singkat tetap teruskan perjuangan tanpa rakan mereka, Syasya atau Noorsyasya Afiqah Shahrizal yang berkahwin pada bulan April 2024 lalu.

Terkini, Dolla yang masih dianggotai Tabby, Angel dan Sabronzo muncul dengan sebuah karya hebat berjudul ‘Here4U’ sekali gus menguatkan peminat mereka, iDollas bahawa Dolla masih berada dalam industri sebagaimana maksud ‘here we are’ atau dalam erti kata lain kami masih di sini.

Lebih mengukuhkan lagi sokongan mereka terrhadap peminat apabila Dolla  pun telah mengumumkan konsert mereka yang akan datang beberapa minggu lalu. 



Tidak syak lagi inspirasi besar di sebalik ‘Here4U’ adalah iDollas.

“Mereka mengejutkan kami setiap kali dengan menyokong dan sentiasa bersama kami dalam setiap situasi sukar yang pernah kami lalui. Mereka benar-benar tulang belakang dalam kehidupan Dolla. Saya juga mendapat inspirasi daripada Dolla. 

"Ini adalah ucapan terima kasih yang tulus kerana bertahan melalui semua halangan” jelas Tabitha Ariel Lam, 24,  atau Tabby dalam keterujaan tentang karya ciptaan agungnya untuk kumpulannya.

Seperti beberapa lagu hit mereka sebelum ini, lagu ini didatangkan dalam dua versi iaitu satu dalam bahasa Malaysia yang ditulis oleh Putri Dahlia, Tabby dan Hyuk Shin, manakala versi Inggeris pula ditulis oleh Tabby dan Hyuk Shin.

“Semuanya bermula daripada petikan muzik instrumental yang indah yang anda dengar dalam lagu itu! Salah seorang komposer lagu ini, Hyuk Shin memberi saya peluang untuk bersama-sama menulis lagu dan menghasilkan melodi. 

“Dia dan seorang lagi komposer Chris Young, membimbing saya dengan baik sepanjang proses itu. Memikirkan konsert Dolla yang akan datang, kami rasa ia adalah waktu yang tepat untuk menghasilkan lagu khusus buat para peminat kami. Selepas mencipta melodi di studio, saya pulang ke rumah untuk memikirkan lirik yang sesuai dan inilah hasilnya,” tambah Tabby.



Berkongsi lanjut, Sabronzo  atau nama sebenarnya, Wan Sabrina Wan Rusli, 29,  menambah kata, pengalaman bekerja menyiapkan lagu tersebt sangat menyenangkan.

"Ia sesuatu yang sangat bagus kerana penulis lagu adalah ahli kami sendiri. Visi untuk lagu ini telah diterjemahkan dengan baik di dalam dan kami berasa gembira menjadi sebahagian daripada projek yang menghubungkan semua orang secara peribadi," kata Sabronzo. 

Untuk melengkapkan lagu berkenaan, sebuah lirik video yang menceritakan perjalanan mereka dari awal turut dihasilkan. Ia merupakan gambaran visual tentang apa yang telah mereka lalui untuk berada di tahap sekarang.

Video tersebut dihasilkan dengan gabungan aneka klip video yang telah mereka rakam menggunakan telefon bimbit masing-masing. 

Sudahpun berada dalam laman YouTube, babak-babak indah tersebut kini dikongsi untuk tatapan seluruh dunia.


Kumpulan Dolla dari kiri: Sabronza, Angel dan Tabby.


Sungguhpun sibuk mengeluarkan single baharu dan sedang membuat persiapan demi konsert mereka yang akan datang, gadis-gadis Dolla nampaknya bakal mengumumkan lebih banyak kejutan dalam masa terdekat.

"Dolla pastinya sedang mengusahakan pelbagai rancangan untuk aneka festival yang besar sepanjang tahun ini. Selain itu, kami juga sedang menghasilkan muzik baharu dan juga menyusun hala tuju kami sebagai sebuah kumpulan yang ingin bergerak ke hadapan. 

"Kami berharap peminat menyukai lagu ini kerana kami banyak berfikir untuk menyiapkannya, semoga peminat dapat menghayati dan memahami pesanan dalam lagu ini," sambung seorang lagi anggota Dolla, Angelina Chai Ka Ying, 23,  atau lebih mesra disapa Angel sahaja. 

Dolla juga berharap peminat mereka akan sedar bahawa lagu ini ditujukan khas buat mereka. 

"Kami ingin mereka mengetahui bahawa lagu itu adalah satu penghormatan terhadap sokongan mereka yang tidak berbelah bahagi sepanjang tahun ini.

“‘Here4U’ adalah surat terbuka untuk iDolla kami dalam bentuk lagu," akhiri Sabronzo dengan tulus.  



Untuk rekod, Dolla secara rasmi muncul dalam arena muzik dengan single sulung mereka 'Dolla Make You Wanna' dan mengekalkan momentum dengan single seperti ‘Impikan’, ‘Berani’, ‘BAD’ dan ‘Look At This’. 

Dolla menerima anugerah Top Top MeleTop dalam kategori Duo/Kumpulan pada Anugerah MeleTop Era 2021 dan Artis Baharu Wanita Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 34, dan baru-baru ini, dipilih untuk mewakili Malaysia dalam ‘Show It All’, 

“Show it All’  merupakan rancangan TV yang berpusat di sekitar pertukaran budaya antara kumpulan gadis dari seluruh dunia, yang dihasilkan oleh Lay Zhang dari Exo dan disiarkan dalam saluran penyiaran besar China, MangoTV. 

Mereka telah mengeluarkan album pertama mereka, ‘New Classic’ pada November 2023, dengan single utama, ‘Classic’ yang telah mencapai lebih dari 2 juta tontonan dalam YouTube. 

Mungkinkah Dolla merancang mencari pengganti Syasya untuk kembali sebagai kumpulan berempat? - KitaReporters


Tinggal kenangan... DOLLA ketika bersama Syasya (dua dari kiri).

9
20
0
9
0
You will be interested