PICKLEBALL boleh dimainkan secara perseorangan atau beregu seperti mana badminton dan tenis mahupun pingpong. - Kredit foto PM
ADA sesiapa pencinta sukan tanah air yang mengenali pickleball? Inilah sejenis lagi sukan ‘kacukan’ atau hybrid daripada ciri-ciri badminton, pingpong dan tenis.
Pickleball diasaskan oleh tiga warga Amerika
Syarikat iaitu Joel Pritchard, Bill Bell dan Barney McCallum di Pulau
Bainbridge, Washington pada musim panas 1965.
Kalau diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu dan menurut
alasan pengasasnya menamakan sebegitu, berbunyi ‘bola baki’.
Pickleball dimainkan dengan raket atau pemukul
ala pingpong untuk memukul bola bersaiz besbol serta perlu melepasi jaring mirip
tenis di sebuah gelanggang bersaiz badminton.
Pemarkahannya? Hanya pasukan atau individu yang
memegang servis, boleh mengutipnya dengan mata yang diraih apabila gagal
dipulangkan lawan atau dengan memenangi rali permainannya sama ada acara perseorangan
atau beregu.
Jika mahu melihat lebih dekat atau secara ‘hidup’ malah supaya semakin mampu menghadami apa itu pickleball, Persatuan Pickleball Kuala Lumpur (KLPA) dengan bangganya mempersembahkan buat julung-julung kalinya Kejohanan Pickleball Antarabangsa Kuala Lumpur 2024.
POSTER Kejohanan Pickleball Antarabangsa Kuala Lumpur 2024 di Pusat Tenis Negara, Kuala Lumpur.
Kejohanan dari 26 hingga 28 Julai 2024 ini akan bergelanggangkan Pusat Tenis Negara Tun Razak, Kuala Lumpur yang terbuka kepada sesiapa sahaja di seluruh dunia.
Acara atau kategori dipertanding ialah perseorangan
lelaki dan wanita, beregu lelaki dan wanita, beregu campuran, remaja bawah 18
tahun, master 50 tahun ke atas, kata Presiden KLPA penganjurnya, Law Cheok Maan.
“Kejohanan ini meraikan keterangkuman, kejaguhan
dan mencatat satu peristiwa penting di Malaysia yang menampilkan aneka kategori
atau acara termasuk pertama di negara, hybrid para kerusi roda (upaya campuran).
“Para peserta pickleball – sukan yang berkembang pesat di dunia ini - daripada kalangan berusia 14 sehingga lebih 80 tahun malah termasuk pemain handalan Asia," katanya.
HANYA individu atau beregu yang memegang servis, boleh menambah kutipan mata sekiranya lawan gagal memulangkan bola atau rali dimenangi dengan ketinggian jaringnya hampir separas yang digunakan tenis. - Kredit foto: PM
Yuran penyertaan kejohanan dikenakan sebanyak
RM50, RM120 dan RM150, manakala hadiah wang tunai kemenangan yang ditawarkan
berjumlah RM14,500 temasuk bagi kategori upaya campuran (beregu pemain normal
dan berkerusi roda).
Juara kategori Terbuka perseorangan bakal mengaut
hadiah wang tunai RM1,500 manakala RM750 buat naib juara dan RM500 bagi
pemenang tempat ketiga, beregu (juara, RM3,000 diikuti naib juara, RM1,500 dan ketiga,
RM1,000).
Hanya set tunggal permainan dan sesiapa yang terlebih
dulu mencapai 21 mata, akan menang yang digunakan dalam peringkat awal liga
sepusingan dan suku akhir.
Kutipan mata ini kemudian ditukar kepada terbaik bagi separuh akhir, penentuan ketiga dan final daripada tiga set dengan yang menang ialah yang pertama meraih 11 mata.
Peraturan kejohanan ini juga berdasarkan Undang-undang Picklebook Amerika Syarikat 2024 dengan hanya raket atau pemukul yang diluluskan badan induk negara itu yang boleh digunakan. - KitaReporters
RAKET pickleball mirip pingpong ini yang menurut spesifikasi seragam Pickleball Amerika Syarikat dan Persekutuan Pickleball Antarabangsa (IPF) ialah gabungan panjang dan lebarnya tidak boleh melebihi 0.61 meter dan panjangnya mesti maksimumnya, 0.43 meter. - Kredit foto: PM
PEMAIN pickleball (kanan) menunjukkan sebiji bola sukan itu yang mempunyai dua jenis, 26 lubang dan 40 lubang. - Kredit PM