PERJALANAN karier Khairy Jamaluddin (KJ) semakin menarik susulan daripada kekalahan beliau dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan pemecatannya dari parti UMNO
Terbaharu beliau menyertai Hot FM selaku penyampai radio untuk segmen pagi Bekpes Hot bersama penyampai-penympai yang lain.
Bukan itu sahaja, KJ juga secara sah akan menyertai pasukan gergasi bola sepak Malaysia, Johor Darul Ta'zim (JDT) FC berkuat kuasa serta merta.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pasukan JDT FC
Bukan sebagai pemain tetapi sebagai salah seorang Ahli Lembaga Pengarah JDT. Perkara tersebut disahkan oleh pemilik JDT, Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim.
Malah KJ juga diangkat untuk menjadi Penasihat Belia Johor. Dengan reputasi beliau, sudah pasti ini dapat memberi kebaikan kepada belia di Johor.
KJ dan dunia bola sepak bukan asing lagi kerana dirinya sendiri pernah terlibat secara langsung iaitu pernah menjadi Naib Presiden FAM sebelum ini dan penubuhan Akademi Mokhtar Dahari juga antara usaha daripada dirinya juga ketika menjadi Menteri Belia dan Sukan.
Jika sebelum ini kehidupan beliau penuh dengan dunia politik, kini beliau akan menjalani dunia baharu dan ini satu pengalaman yang besar buat dirinya yang serba boleh.
Tindakan TMJ mengambil KJ menyertai pasukannya itu adalah satu langkah tepat kerana pengalaman yang dirinya ada dalam sukan terutama bola sepak sudah pasti dapat membantu JDT untuk terus melangkah lebih jauh dan terus mencipta plebagai kejayaan.
Semua sedia maklum, TMJ adalah seorang yang berwawasan dan memandang ke hadapan dalam melakukan sesuatu perkara bagi memastikan hasilnya nanti adalah kejayaan. - KitaReporters
Kredit foto: koppatv