Gaya Hidup 09 Aug, 2022

Piala AFC 2022: Kedah DA FC gagal ke akhir zon ASEAN! Meskipun PSM Makassar hanya bermain 10 orang!

@mohd amirul fazli zulkafli
Pernah berkhidmat sebagai wartawan penyiaran. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this


Kedah Darul Aman Football Club (KDA FC) gagal mara ke perlawanan akhir Piala Asian Football Confederation (AFC) 2022 Zon ASEAN apabila tewas 1-2 kepada PSM Makassar dalam perlawanan separuh akhir yang diadakan di Stadium Kapten I Wayan Dipta, Bali, Indonesia. 

Bermain di tempat lawan, anak buah Aidil Sharin Sahak bergelut dalam mengatur serangan apabila sering hilang bola ketika dalam fasa menyerang menyebabkan penjaga gol PSM Makassar tidak teruji. 

PSM Makassar pula lebih ghairah dalam mengatur serangan terutama Rizky Eka Pratama yang banyak mengatur serangan sehingga memaksa pertahanan Kedah lebih bekerja keras dalam mengekang larian beliau. Pujian juga untuk Ifwat Akmal kerana beberapa berjaya menafikan beberapa peluang keemasan daripada pemain PSM Makassar.  

Lagi cerita-cerita menarik berkaitan perlawanan Piala AFC



Barisan pertahanan Kedah akhirnya bocor juga apabila lorongan cantik dari Rizky membolehkan Yakob Sayuri menolak mudah untuk jaringan pertama PSM Makassar pada minit ke-31.  

Bermula babak kedua, Kedah bermula agak garang apabila terus mengatur serangan dalam usaha mencari gol penyamaan. 

Namun dalam keasyikan Kedah melancarkan serangan, PSM Makassar berjaya mengukuhkan kedudukan pada minit ke-54 apabila pemain pertahanan, Yuran Fernandes menanduk masuk hantaran rakan sepasukan dari sepakan penjuru. 

Dalam keadaan selesa mendahului permainan, tuan rumah menerima tamparan apabila terpaksa bermain 10 orang  selepas penjaring gol kedua, Yuran dilayangkan kad merah pada minit ke-62 selepas menerima kad kuning kedua atas kekasaran mengasari pemain Kedah. 



Meskipun PSM Makassar bermain 10 orang, Kedah dilihat lebih banyak menyerang namun gagal mencipta peluang yang terbaik untuk menjaringkan gol apabila serangan mereka mudah di baca oleh pertahanan lawan. 

Peluang terbaik Kedah hadir pada minit ke-80 apabila rembatan Al Hafiz sudah berjaya menewaskan penjaga gol namun tiang gol menjadi penghalang untuk Kedah. 

Dalam serangan demi serangan, Kedah akhirnya berjaya memecah kebuntuan pada minit ke-85 apabila Fayadh Mohd Zulkifli Amin merapatkan kedudukan untuk menghidupkan peluang untuk mencari gol penyamaan. Namun itu sudah terlambat biarpun serangan bertubi-tubi namun gagal untuk menambah jaringan. 

Dalam pasukan Kedah, jelas kelihatan barisan serangan mereka kurang menyengat biarpun banyak peluang terhidang. 

Kedah terpaksa akur apabila PSM Makassar berjaya melangkah ke perlawanan akhir Zon ASEAN dan akan menantikan pemenang antara Viettel FC dan Kuala Lumpur City FC

Malaysia masih berpeluang untuk melihat wakil dari Malaysia ke perlawanan akhir namun tugas getir untuk KL City kerana bakal berdepan cabaran dari wakil Vietnam ini. - KitaReporters


 

8
19
1
14
0
You will be interested

Liga Super 2022: Harimau Kumbang catat kemenangan kedua dalam saingan liga! Tundukkan Budak KL!

Penang FC yang berada di tangga terbawah liga lakukan kejutan selepas catat kemenangan 1-0 ke atas lawan Kuala Lumpur City FC dalam perlawanan Liga Super 2022

Video| Saingan sebenar GV9 bermula! Peserta pamer kebolehan! Tomok menyerlah, Roy Kapilla terkeluar!

Persaingan sebenar GV9 bermula. Pada minggu ke-2, 13 peserta memperlihat kemampuan masing-masing. Tomok dapat markah tertinggi, Roy Kapilla ucap selamat tinggal
Fauzan Uda Ahmad in Gaya Hidup 4 hours ago

Piala Raja Thailand 2022: Tak ada nasib! Kegagalan sepakan penalti nafikan kejuaraan buat Malaysia!

Harimau Malaya gagal muncul juara Piala Raja Thailand ke-48 selepas skuad kebangsaan tewas dalam penentuan penalti 0-3 di tangan Tajikistan, selepas terikat 0-0
Mohd Amirul Fazli Zulkafli in Gaya Hidup 15 hours ago

SUKMA 2022: Terengganu bangga pungut pingat lebihi sasaran! Walaupun berada di kedudukan naib juara!

BIARPUNĀ  tidak menjadi juara keseluruhan namun temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ed
Mohammad Ishak in Gaya Hidup 15 hours ago

Video| Alhamdullilah! Almy Nadia stabil! Pembedahan buang cyst! Fizz Fairuz syukur isteri selamat!

Isteri Fizz Fairuz, Almy Nadia selamat jalani pembedahan membuang sista (cyst) atau ketulan pada rahim dan kini berada dalam keadaan stabil dan dah mampu bangun
Fauzan Uda Ahmad in Gaya Hidup 16 hours ago