Seni & Sukan 15 Apr, 2025

Video| Lain daripada lain! Set kain kapan hadiah ulang tahun kelahiran buat Khiriah! Satu peringatan!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
.


Sempena ulang tahun kelahiran ke-47-nya, pelakon, Noorkhiriah Ahmad Shapie, lebih dikenali sebagai Khiriah pada Jumaat, 11 April 2025 menerima hadiah tidak dijangka daripada suaminya Azfaizul Ahtan. Ia bukan hadiah berbentuk barangan berharga, sebaliknya satu set kain kapan.

Ketika Khiriah hendak pergi syuting (penggambaran) di satu kawasan perkuburan, dia melihat satu bungkusan diberi riben merah atas tempat duduk belakang keretanya. Dan setelah dibuka ia merupakan satu set kain kapan yang menjadi hadiah hari lahir daripada suami.


Khiriah terus membawa bungkusan kain kapan itu ke set penggambaran di sebuah kawasan perkuburan dan turut dilihat sejumlah petugas penggambaran.

Terkejut dengan pemberian itu, Khiriah tidak menyangka suaminya menghadiahkannya satu set kain kapan. Khiriah berkongsi perkara itu dalam video yang dimuat naik dalam Instagramnya pada Jumaat, 11 April 2025.



Membalas komen pengikut dalam media sosial, pelakon ini memberitahu dia tidak sedar akan tindakan suaminya itu. Tambah Khiriah meskipun hadiah tersebut di luar kebiasaan, namun ia sebagai satu tanda untuk memperingat hari kematian.

Pemberian itu bagaikan kebetulan kerana dia akan menjalani penggambaran di kawasan perkuburan pada hari itu.

Khiriah dan Azfaizul berkahwin pada 2006 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Muhammad Hudhaifah, 15; Muhammad Yusoff, 13; dan Nur, 6.

 Noorkhiriah Ahmad Shapie dan suami, Azfaizul Ahtan

Khiriah mula memakai tudung pada 2011 dan perlahan-lahan menukar kepada imej Muslimah.

Dan pada 2016, Khiriah pernah meluahkan hasrat untuk berhenti berlakon. Namun dia berlakon setelah masih menerima banyak tawaran baik dalam drama bercorak komedi dan kekeluargaan. 

Di samping itu Khiriah turut menjalankan perniagaan dalam talian.

Bagi mendapatkan saham akhirat, sejak beberapa tahun lalu, Khiriah bersama suami mengusahakan perkhidmatan van jenazah percuma kepada golongan yang memerlukan terutama golongan asnaf dan tidak mampu menerusi Pertubuhan Amal Nur Noorkhiriah. - KitaReporters

Khiriah menyumbangkan sebuah kereta MPV-nya untuk dijadikan van jenazah. Ia merupakan satu usaha murni baginya mengumpulkan saham akhirat. 

12
12
0
13
0
You will be interested