Seni & Sukan 16 Sep, 2023

Piala Malaysia 2023: Sabah gagal guna kelebihan di halaman sendiri! Tugas sukar pada suku akhir kedua!

@amirul
Pernah berkhidmat sebagai wartawan. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this


Hasrat Sabah untuk membawa bekalan selesa ke Perak pada suku akhir kedua nanti tidak kesampaian apabila mereka sekadar mampu seri 2-2 dalam perlawanan pertama suku akhir Piala Malaysia 2023 di Stadium Likas pada 15 September 2023. 

Bermain di halaman sendiri memberi sedikit kelebihan buat Sabah apabila berjaya membuka tirai jaringan seawal minit ke-4 menerusi Darren Lok. 

Namun jaringan itu tidak bertahan lama apabila Luciano Guaycochea menyamakan kedudukan pada minit ke-10 menerusi satu sepakan percuma yang cantik. 

Kedua-dua pasukan terus meningkatkan rentak permainan dan sekali lagi anak buah Datuk Ong Kim Swee mendahului perlawanan melalui Ramon Machado pada minit ke-45. 

Perak di bawah kendalian Yusri Che Lah sekali lagi mengejutkan tuan rumah apabila Wan Zack Wan Haikal menyamakan kedudukan 2-2 pada minit ke-54.

Biarpun selepas itu kedua-dua pasukan mempunyai peluang untuk menjarakkan kedudukan tetapi ia dipersiakan begitu sahaja. 

Perak akan menerima kunjungan Sabah pada 25 September 2023 ini di Stadium Perak, Ipoh untuk menentukan slot ke separuh akhir. 


15
14
0
11
0
You will be interested