Seni & Sukan 13 Sep, 2023

Piala Asia B23 2024: Malaysia layak! Tuah memihak Harimau Muda ke Qatar! Atas kelebihan mata disiplin!

@amirul
Pernah berkhidmat sebagai wartawan. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this

Malaysia mengesahkan tempat ke Piala Asia B-23 meskipun tewas dalam aksi terakhir peringkat kumpulan H kepada Thailand. - Kredit foto: Facebook FAM


Hasrat untuk melihat pasukan bola sepak Malaysia Bawah 23 (B23) mengikut jejak langkah pasukan senior ke Piala Asia AFC tahun hadapan akhirnya tercapai apabila skuad kendalian E Elavarasan mengesahkan tempat ke pentas akhir Piala Asia B23 2024 di Qatar pada April 2024. 

Meskipun tewas 0-1 kepada Thailand dalam aksi terakhir peringkat kumpulan H dan hampir meranapkan impian ke Piala Asia, ternyata tuah lebih memihak kepada Malaysia kali ini. 

Malaysia layak selaku empat pasukan terbaik selaku naib johan kumpulan sambil dibantu oleh beberapa keputusan lain. 


Malaysia B-23 layak atas kelebihan mata disiplin berbanding Iran untuk beraksi di Piala Asia B-23 di Qatar tahun hadapan (2024) 


Para peminat termasuk Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) boleh mengucapkan terima kasih kepada Uzbekistan kerana menewaskan Iran pada aksi terakhir peringkat kumpulan E. 

Manakala Filipina yang sama kumpulan bersama Malaysia pula menewaskan Bangladesh sekali gus memberi kelebihan kepada pasukan negara dari segi jaringan. 

Meskipun terikat 3 mata dan jaringan sama Iran namun skuad Harimau Muda mempunyai kelebihan disiplin yang terkumpul di mana Iran lebih banyak melakukan kesalahan berbanding Malaysia. 

Misi untuk layak ke Piala Asia sudah tercapai namun tugas berat menanti E Elavarasan kerana terlalu banyak harus dibaiki jika berhasrat ingin menjadi pencabar di kejohanan itu. 

Melihat prestasi yang ditampilkan ketika aksi kelayakan, Malaysia masih terlalu jauh jika hendak dibandingkan dengan pasukan lawan terutama gergasi seperti Jepun, Korea Selatan, Vietnam, Arab Saudi dan banyak lagi. - KitaReporters


6
11
0
13
0
You will be interested