Seni & Sukan 05 Sep, 2022

Pertandingan karaoke lagu patrotik bagi sambut Bulan Kemerdekaan! Pesara Mazlan Umar muncul juara!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: adnan580218@gmail.com

Share this

Mazlan Umar


PESARA polis, Mazlan Umar muncul sebagai juara selepas berjaya mengalahkan 32 peserta lain pada Pertandingan Karaoke Lagu Patrotik Daerah Setiu 2022 yang berlangsung di Family Karaoke dan Cafe Sungai Tarom, Bandar Permaisuri, Setiu, Terengganu pada 29 0gos 2022 lalu.

Dengan kemenangan itu, Mazlan yang mewakili Kawasan Rukun Tertangga (KRT) Putera Jaya dengan lagu Malaysia Baru membawa pulang hadiah wang tunai RM300.

SERAMAI 10 peserta berjaya ke peringkat akhir pada Pertandingan Karaoke Lagu Patriotik daerah Setiu 2022 pada 29 Ogos 2022.


Dalam pertandingan karaoke yang diadakan sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan 2022 anjuran Pejabat Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Daerah Setiu, naib johan dimenangi peserta dari KRT Kampung Fikri, Rukiah Ismail.
Tempat ketiga pada program yang turut mendapat kerjasama KRT Daerah Setiu itu disandang oleh Wan Idris Iskandar Wan Hassan yang membawa lagu Warisan dari KRT Padang Saujana.
Hadiah para pemenang disampaikan oleh dua Penolong Pegawai Perpaduan Daerah Setiu iaitu Suryati Mastila Hussin dan Rohana Che Embun yang mewakili Pegawai Perpaduan Daerah Setiu, Akhwan Hafis Akmal Hidzri.
Turut hadir pada program itu ialah Pegawai Penerangan Daerah Setiu, Mohd Faizal Mansor dan Pegawai Belia Daerah Setiu, Bahru Bakar @ Abu Bakar.

Rukiah Ismail


Wan Idris Iskandar Wan Hassan


Sementara itu, Suryati Mastila berkata program yang dianjurkan itu bagi menyemarakkan semangat patriotisma serta memeriahkan sambutan Bulan Kemerdekaan pada tahun 2022 ini.

Menurutnya, melalui pertandingan lagu- lagu tersebut, ia secara tidak langsung para peserta dan orang ramai dapat menghayati apa erti kemerdekaan yang sebenarnya.
''Acara malam ini agak meriah juga kerana selepas selesai pertandingan karaoke, para peserta terbabit dan orang ramai yang hadir pada program ini menyanyikan lagu Negaraku dan Jalur Gemilang sambil mereka mengibar bendera yang diagihkan oleh Pejabat Penerangan Daerah,'' katanya. - KitaReporters

Mohd Faizal Mansor (tengah) dan Suryati Mastila Hussin serta Rohana Che Embun menyanyikan lagu Negaraku dan Jalur Gemilang.

15
17
0
10
0
You will be interested