Seni & Sukan 07 Jan, 2023

Blue Heart & Soul Tour! Boy band Blue kembali ke Kuala Lumpur! Konsert bagi rai ulang tahun ke-20!

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com.

Share this


BOY band (band kumpulan lelaki) terkenal dari Britain, ‘Blue’ bakal kembali ke Malaysia  bagi meraikan konsert jelajah dunia sempena menyambut 20 tahun kehadiran mereka dalam mewarnai industi seni muzik.

Mengambil judul  dari album studio mereka yang ke-6, ‘Heart & Soul’, konsert bertajuk ‘Blue 20th Anniversary Heart & Soul Tour’ akan berlangsung pada 10 Februari 2023 depan, jam 8 malam bertempat di Dewan Plenari, KLCC yang eksklusif.

Kumpulan yang ternyata mendapat tempat di hati peminat nya di Malaysia termasuk golongan artis ini  menjanjikan hiburan tanpa henti untuk meraikan 2023 sekali gus ulang tahun ke-20 mereka.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan acara-acara konsert


Sudah tentu konsert ini satu permulaan tahun baharu yang  baik untuk syarikat penganjur acara tempatan yang kian mendapat reputasi di Malaysia, Hitman Solutions & Happymoon.

"Kami dan Happymoon sangat teruja untuk mengumumkan bahawa sebuah lagi konsert bakal dianjurkan dengan membawa salah sebuah boy band British yang terkenal iaitu Blue dalam rangka jelajah mereka di serata dunia bagi meraikan ulangtahun ke-20 penubuhannya,”  ujar Ketua Pegawai Eksekutif & Pengasas Hitman Solutions, Rohit Rampal sambil yakin pada malam konsert, kelak penonton pasti akan terhibur dengan lagu-lagu popular Blue seperti antaraya 'All Rise', 'One Love', 'If You Come Back' dan banyak lagi selain mengimbau kembali zaman percintaan di alam remaja,



Menyambung kata-kata Rohit, Pengasas Honeymoon, Kesavan Purusotman atau lebih mesra dikenali sebagai KC memberitahu, kerjasama antara Happymoon dan Hitman Solutions telah mewujudkan impak yang positif di hati penggemar muzik di Malaysia.

“Ini terbukti dengan hasil sambutan ‘Ne-Yo Live in Malaysia’ yang sangat memberangsangkan. Terdapat permintaan yang tinggi terhadap konsert dari pelbagai genre, dan ia menjadi keutamaan kami untuk memenuhi permintaan peminat muzik,” tambahnya.

Menurutnya, Blue adalah pilihan boy band yang tepat kerana mereka sedang meraikan ulang tahun ke-20 penubuhan sejak awal 2000-an di mana dengan siri jelajah dunia yang dikenali sebagai 'Heart & Soul Tour' ini ia juga bertujuan untuk meraikan peminat dari dulu hingga sekarang.

Jualan tiket konsert 'Blue 20th Anniversary Heart & Soul Tour' sudah mula dijual pada 4 Januari 2023, yang terbahagi kepada 5 kategori utama, VVIP dengan 'Meet & Greet' (RM688), VIP (RM488), DIAMOND (RM358), PLATINUM (RM258) dan GOLD (RM188).


Throwback...'Blue' membuat persembahan pada majlis resepsi perkahwinan Faliq Nasimuddin dan Chryseis Tan.


Untuk sebarang pertanyaan mengenai konsert, boleh berhubung dengan Keeran D dari Hitman Solutions di talian 012-887 0669.

Untuk rekod Blue yang dianggotai Antony Costa, Simon Webbe, Duncan James dan Lee Ryan pernah tiga kali berkunjung ke Kuala Lumpur.

Kali pertama mereka diundang membuat persembahan ialah pada majlis resepsi perkahwinan SM Faliq Nasimuddin dan Chryseis Tan yang berlangsung di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC) pada tahun 2018.

Kali kedua setahun kemudian (2019), apabila mereka hadir ke Kuala Lumpur bagi konsert jelajah Asia Tenggara bertempat di Dewan Wawasan ]Convention & Exhibition Centre, Menara PGRM, Cheras.

Dengan kali ketiganya mereka di Kuala Lumpur, Dewan Plenari  di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur merupakan lokasi yang paling prestij dan eksklusif bagi mereka sempena menyambut ulang tahun ke-20. - KitaReporters


13
13
0
11
0
You will be interested