Detik-detik pahit seorang pemain bola tampar remaja tiba-tiba ditampar oleh jurulatihnya di sebuah sekolah di Kota Tinggi, Johor. - Skrin tangkap layar sebuah video tular.
RAMAI kalangan netizen meluahkan rasa amarah serta memberi komen panas, sakit hati, geram dan sebagainya terhadap seorang jurulatih sebuah pasukan bola tampar yang menampar dua pemain remaja perempuan.
Kejadian kekerasan itu dipercayai berlaku semasa Kejohanan Bola Tampar Remaja Bawah 14 Tahun (B14) di Kota Tinggi, Johor yang diadakan pada 14 hingga 16 Disember 2022.
Mujur ada yang merakam kejadian (perbuatan menampar) tersebut menerusi sebuah video yang kini tersebar luar dalam media sosial.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan kes-kes kekerasan ditampar
Kedua-dua pemain itu agak tergamam seketika dengan perbuatan coach (jurulatih) secara tiba-tiba menampar pipi mereka.
Namun mereka (mangsa penampar) tetap meneruskan permainan dengan berkesudahan Melaka akhirnya tewas di tangan Johor.
Pemain kedua pula menerima nasib yang sama seperti pemain yang pertama apabila tangan jurulatih tersebut turut menghayun tangannya ke pipinya. - Skrin tangkap layar sebuah video tular
Selepas kejadian 'tampar' jurulatih tersebut kelihatan seperti 'berang' berkata sesuatu kepada pemain-pemain bola Kejohanan Bola Tampar Remaja Bawah 14 Tahun di Kota Tinggi, Johor. - Skrin tangkap layar sebuah video tular.
Menjengah ruang komen dalam akaun Facebook Team CYTOP, rata-rata memberi komen yang tidak berpuas hati serta marah terhadap jurulatih berkenaan.
“Biadap... kalau ko fit sangat... Cuba ko pulak masuk gelangang dengan badan hippo ko tu... nak tengok pancit ke tidak…
Moga parents budak2x yang kena tampar tu amik tindakan,” tulis AZ Ziah.
“Bola tampar je pon. 14 tahun plak tu. Pompuan. Agaknye klu ngaja hockey. Hempuk ank buah dia dgn kayu hockey kot. Tu nasib baik ade yg merakam. Mmg ko x terlepas la wei,” luah Anie Juri.
“Mohon buang jurulatih berkenaan, walau apapun alasan, dia adalah juru yg melatih, budaya samseng mesti diperangi, kalau peserta melakukan kesalahan, boleh je hukum secara sukan, contohnya lari keliling padang atau buat latihan lebih dari peserta lain…,” cadang Khairi Mokhtar.
“Ringan tgn betul coach pun...ajar cara berhemah x boleh ke?,” soal Zarina Oni Oya.
Susulan insiden memalukan itu, Persatuan Bola Tampar Malaysia (MAVA) dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya segera mengambil langkah menubuhkan badan siasatan bagi menyiasat kejadian tersebut.
“MAVA sama sekali tidak akan bertoleransi dengan sebarang penggunaan kekerasan ke atas mana-mana pihak serta bersedia untuk mengambil tindakan selanjutnya mengikut lunas undang-undang serta Perlembagaan MAVA,” menurut kenyataan itu. - KitaReporters
Sumber:
https://www.facebook.com/search/top?q=bola%20tampar
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/video-jurulatih-tampar-muka-pemain-bola-tampar-tular-399783
https://www.facebook.com/watch/?ref=search&v=1116962335683296&external_log_id=454f891d-f1cf-4787-bd9b-e4882ec5a966&q=bola%20tampar