Seni & Sukan 15 Jun, 2022

Video| Apa punya bapak da! Melintas secara semborono! Undang bahaya kepada semua! Dikecam netizen!

@nur syamila kamarul arefin
Alumni Universiti Sains Malaysia dalam bidang kewartawanan. Pernah berkhidmat sebagai seorang wartawan dan juga penulis di dua buah syarikat. Masih lagi belajar menjadi seorang penulis.

Share this


PEJALAN kaki amat perlu berhati-hati semasa melintas jalan raya, lagi-lagi mereka yang membawa keluarga termasuk anak kecil kerana bahaya situasi di jalan raya yang tidak menentu menyebabkan perhatian perlu diberikan lebih kepada mereka.

Namun berbeza dengan seorang bapa yang tular dalam sebuah video semasa hendak melintas jalan menuju ke sebuah kedai nasi kandar dengan keadaan yang sangat membahayakan nyawa semua.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pejalan kaki


Kelihatan daripada video ini, pemandu kereta tersebut terpaksa memberhentikan kereta secara mengejut kerana memberi laluan kepadanya yang membawa keluarga melintas jalan raya.

Lebih memeranjatkan apabila si bapa bertindak mahu mengacah pemandu kereta tersebut dengan menolak troli bayinya (tiada kanak-kanak di dalamnya) ke tengah jalan raya selaju mungkin untuk membuatkan kereta berhenti dengan cepat dan dalam keadaan mengejut.

Apa yang mengejutkan, si bapa kelihatan menuding jari sambil memarahi pemandu tersebut kerana tidak memperlahankan kereta kepada keluarganya semasa melintas jalan.



Oleh sebab itu, video ini tular dan bapa tersebut mendapat kecaman daripada netizen kerana tindakannya yang sangat membahayakan keselamatan semua pihak yang berada di sekelilingnya di atas tindakannya itu.

Menurut pemilik asal rakaman video dashcam ini, dia bersyukur kenderaan di belakangnya turut sempat brek mengejut, jika tidak pasti kemalangan berlaku di hadapan restoran nasi kandar terkenal di Pulau Pinang itu. - KitaReporters


13
7
0
12
0
You will be interested