Seni & Sukan 28 Apr, 2021

Video| Lampu merah lampu maut! Kes langgar lampu merah bertambah! Degil, tak sabar punca nahas!

@amil abdullah saiby
Berkhidmat di Utusan Melayu(M)Berhad selama 35 tahun,Jawatan terakhir disandang ialah Pegawai Penyelidik Kanan Jabatan Editorial Utusan. Pengalaman: Wartawan sambilan di Mingguan Timur,Utusan Malaysia dan Kosmo. Penulis buku "coffeetable" Transformasi

Share this


Lampu isyarat merupakan salah satu sistem keselamatan untuk memudahkan aliran lalu lintas di kawasan persimpangan.

Namun, sikap tidak sabar dan mementingkan diri sendiri oleh pengguna-pengguna jalan raya ketika menghampiri lampu isyarat seringkali mengundang padah mengakibatkan berlaku kemalangan jalan raya sama ada mendatangkan kecederaan atau maut.

Sebanyak 52,170 saman membabitkan kesalahan melanggar lampu isyarat merah telah dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak Januari hingga November 2020.

Daripada jumlah tersebut, 26,764 saman dikeluarkan terhadap penunggang motosikal, manakala kereta (20,751); lori (2,208) dan selebihnya (2,447) melibatkan lain-lain kenderaan.


Lagi cerita-cerita tragedi berkaitan kemalangan maut

Gambar hiasan... Penunggang motosikal paling ramai yang melanggar lampu isyarat dengan catatan rekod melebihi lima puluh peratus daripada keseluruhan saman yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa. 


Kesalahan melanggar lampu isyarat merah mengalami sedikit penurunan tahun 2020 disebabkan Covid-19 jika dibandingkan tahun 2019 dengan mencatatkan 69,267 saman dikeluarkan dengan pecahan tertinggi melibatkan penunggang motosikal iaitu sebanyak 32,657.

Menurut Ketua Penolong Pengarah (Penguatkuasaan) Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Superintenden Dr. Bakri Zainal Abidin berkata, kajian beberapa tahun lalu mendapati 90 peratus kemalangan berpunca daripada sikap pengguna, persekitaran (7 peratus) dan kenderaan (3 peratus).

Mana-mana individu yang melakukan kesalahan melanggar lampu isyarat merah boleh diambil tindakan di bawah Kaedah 17 Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 yang boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan. 


Kemalangan jalan raya di persimpangan lampu isyarat  membabitkan motosikal dan kereta sering berlaku disebabkan pengguna-pengguna jalan raya melanggar 'lampu merah' tanpa menghiraukan aspek keselamatan. -  Kredit foto: blogspot.com


Kemalangan maut membabitkan seorang wanita dan anaknya cedera parah akibat dirempuh oleh sebuah kenderaan pacuan empat roda yang melanggar isyarat lampu merah di persimpangan lampu isyarat jalan Temenggong Ahmad dan Jalan Pintasan Muar, Johor pada 25 April 2021. - Kredit foto media sosial.


Pada 25 April 2021, tular sebuah video dalam media sosial mengenai kemalangan jalan raya di persimpangan lampu isyarat di Muar, Johor membabitkan seorang wanita dan ibu, Norain Abu Samah, 41, maut di lokasi kejadian; manakala anaknya Nur Nabila Alisha Mohd. Zalisham, 19, mengalami cedera parah selepas kereta mangsa (Myvi) telah dirempuh oleh sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux, ketika lampu isyarat laluan mereka bertukar hijau.

Menurut laporan polis, pemandu Toyota Hilux warga emas (69 tahun) dilihat tidak memberhentikan kenderaannya apabila lampu trafik bertukar warna dari kuning kepada merah dan terus bertembung dengan kereta mangsa yang baru bergerak.

Kejadian berlaku pukul 7.45 pagi itu, di persimpangan lampu isyarat Jalan Temenggong Ahmad dan Jalan Pintasan Muar, Johor membabitkan lima buah kenderaan.

Dalam perkembangan yang berkaitan, seorang pengusaha pasar mini didakwa di Mahkamah Majistret Muar, Johor pada 27 April 2021 atas pertuduhan membunuh seorang wanita, dalam kemalangan di Muar itu.

Bagaimanapun, menurut laporan Malaysia Gazette, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Gui Chui, 69. kerana ia di luar bidang kuasa mahkamah. 

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh dengan menyebabkan kematian kepada Norain. 

Apakah ini kes pendakwaan sedemikian akan menjadi pengajaran kepada pengguna jalan raya di luar sana? Kemungkinan besar, TIDAK!! - KitaReporters



Sumber:

https://youtu.be/R_Uh-zbPJ14

https://www.utusan.com.my/berita/2021/04/ibu-maut-anak-parah-dirempuh-kenderaan-langgar-lampu-merah/

https://www.facebook.com/groups/278575198835134/permalink/6099530506739545

https://suaramerdeka.com.my/52170-saman-langgar-lampu-isyarat-dikeluarkan-tahun-ini/

https://www.utusan.com.my/rencana/2021/03/pkp-turunkan-kadar-kemalangan/

0
2
4
0
0
You will be interested