Seni & Sukan 03 May, 2021

Berita Terkini| Acryl Sani mulakan tugas sebagai Ketua Polis Negara! Ganti Hamid Bador bersara!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this

MEMULAKAN tugas hari ini, 3 Mei 2021 sebagai Ketua Polis Negara. 


DATUK Seri Acryl Sani Abdullah Sani secara rasmi mengambil alih tugas sebagai Ketua Polis Negara (KPN) hari ini, 3 Mei 2021 dalam majlis serahan tugas yang disaksikan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Ismail Mohamed Said, di Bukit Aman.

Majlis itu sepatutnya disaksikan oleh Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainudin, bagaimanapun beliau tidak hadir atas sebab-sebab tidak diketahui.

Acryl Sani menggantikan Tan Sri Abdul Hamid Bador yang bersara hari ini, 3 Mei 2021 selepas dua tahun memegang jawatan Ketua Polis Negara.

Acryl Sani pernah dilantik menjadi pengarah di beberapa jabatan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman iaitu Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi dan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam sebelum dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara pada 14 Ogos 2020.

Perlantikan beliau sebagai timbalan ketua polis negara ketika itu bagi menggantikan Mazlan Mansor yang bersara wajib.

Anak kelahiran Petaling Jaya itu memiliki Ijazah Sarjana Sains (Pengurusan) dari Universiti Utara Malaysia (UUM) dan menyertai polis pada 2 Feb 1986 sebagai Kadet Asisten Superintendan Polis (ASP). - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

0
2
1
1
0
You will be interested