Gaya Hidup 14 Aug, 2021

Syabas Olimpian Malaysia! Dapat mengeteh free sepanjang hayat! Hadiah istimewa Teh Tarik Place!

@abdul hafiz ahmad
Wartawan Utusan Malaysia 1997-2019, menyertai Buletin Utama dan Harian Watan 1994-'96. Tetamu Sebelum Wisel, Wisel Penamat, Planet Sukan, Stadium Angkasa, Selamat Pagi Malaysia (RTM); Kafe Sukan, Nadi Arena (Astro Arena) dan Ruang Bicara (BNC).

Share this

TEH Tarik Place menawarkan sajian percuma kepada 30 atlet negara yang berjuang dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020, baru-baru ini. - Kredit foto: TTP


TIGA puluh atlet yang telah membanting tulang dan memerah keringat, tetap dianggap wira Malaysia biarpun hanya sebutir pingat perak dan sebutir gangsa yang dibawa pulang dari Sukan Olimpik Tokyo 2020 (2021) yang berakhir 8 Ogos 2021.

Kegagalan mengalungkan pertiwi dengan pingat emas sekali gus kempunan mendendangkan lagu Negaraku di podium Olimpik berpanjangan sehingga ke Paris 2024, namun pengorbanan, semangat, dedikasi dan kesukanan kontinjen negara tetap dipandang tinggi.

Sebagai bukti penghargaan itu, sebuah restoran tempatan, Teh Tarik Place, yang memiliki lebih 14 buah cawangan di seluruh negara dan dua cawangan di Brunei, mengumumkan tawaran teh tarik dan makanan percuma bagi sepanjang hayat kepada para Olimpian kita.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Sukan Olimpik


TEH Tarik Special antara minuman istimewa yang boleh dinikmati di 14 premis Teh Tarik Place di seluruh negara. - Kredit foto: TTP


NASI Lemak Ayam Goreng percuma turut menanti 30 atlet Olimpian Tokyo Malaysia di Teh Tarik Place. - Kredit foto: TTP


“Kami ingin menyatakan kepada semua atlet Malaysia, walaupun ada yang meragui, kami tetap mengakui pengorbanan, semangat, dedikasi dan kesukanan yang ditunjukkan anda sepanjang Sukan Olimpik Tokyo,” ujar Pengerusi Eksekutif Techna-X, Tunku Naquiyuddin Tuanku Ja’afar.

“Jalur Gemilang telah berkibar tinggi dan megah sepanjang Sukan Olimpik Tokyo 2020 (sejak 23 Julai 2021). Kita juga bersorak dengan penuh semangat untuk 30 atlet wira negara yang menyertai sembilan jenis sukan.

"Persaingan dengan 11,000 atlet dari 206 negara sudah pastinya akan memberikan tekanan besar kepada para atlet.

“Oleh itu, sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kerana menaikkan nama negara, Teh Tarik Place ingin mengumumkan pemberian seumur hidup berupa teh tarik dan produk makanan kepada semua wakil negara ke Olimpik Tokyo,” kata beliau. 

Kontinjen negara meraih perak Olimpik Tokyo menerusi pelumba basikal keirin, Datuk Mohd. Azizulhasni Awang manakala gangsa sumbangan beregu badminton, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik. 

Pencapaian kali ini masih menyamai pungutan kontinjen negara pada Olimpik Atlanta 1996 dan London 2012.


Tunku Naquiyuddin Tuanku Ja’afar 


Lee Yew Jin 


Teh Tarik Place ialah anak syarikat kepada Craveat International dan rakan francais rasmi untuk rangkaian makanan kasual antarabangsa, TGI Fridays di Malaysia dan China.

Craveat International pula merupakan sebahagian daripada kumpulan syarikat yang dimiliki Techna-X Berhad, syarikat awam yang tersenarai dalam Bursa Malaysia sejak 2007.

Ketua Pegawai Eksekutif Craveat International, Lee Yew Jin pula berkata: “Kami sangat menghormati kesungguhan dan disiplin atlet-atlet yang diperlukan untuk menguasai sukan-sukan masing-masing dan prestasi yang dipamerkan mereka merupakan pencapaian besar.

“Kecemerlangan ialah sesuatu yang kita mampu fahami tetapi atlet-atlet negara kita telah melangkaui jangkaan dan mencapai tahap yang seterusnya.

“Kesempurnaan dalam setiap acara diakui satu beban yang berat untuk ditanggung tetapi atlet-atlet lelaki dan wanita muda ini telah sedaya upaya menaikkan nama Malaysia di persada dunia," katanya. - KitaReporters


PREMIS Teh Tarik Place di Lembah Klang. - Kredit foto: TTP


PENYUMBANG pingat perak Sukan Olimpik Tokyo negara, Mohd. Azizulhasni Awang. - Kredit foto: MSN


AARON Chia (kiri) dan Soh Wooi Yik merangkul pingat gangsa beregu lelaki badminton Olimpik Tokyo. - Kredit foto: MSN


Senarai 30 atlet Olimpian Tokyo 2020 (2021) Malaysia

Memanah: Khairul Anuar Mohamad dan Syaqiera Mashayikh 

Olahraga: Lee Hup Wei dan Azreen Nabila Alias

Badminton: Lee Zii JiaSoniia Cheah, Aaron Chia & Soh Wooi YikChow Mei Kuan & Lee Meng Yean dan Chan Peng Soon & Goh Liu Ying 

Berbasikal: Datuk Mohd. Azizulhasni Awang dan Muhammad Shah Firdaus Shahrom 

Akuatik terjun: Nur Dhabitah Sabdri, Wendy Ng Yan Yee, Pandelela Rinong, Cheong Jun Hoong, Pandelela Rinong & Leong Mun Yee 

Akuatik renang: Welson Sim Wee Sheng dan Phee Jing En

Golf: Gavin Green dan Kelly Tan

Gimnastik: Farah Ann Abdul Hadi dan Jeremiah Loo Phay Xing 

Pelayaran: Khairulnizam Mohd. Affendy, Nur Shazrin Mohd. Latif, Nuraisyah Jamil & Juni Karimah Noor Jamali 

Menembak: Nur Suryani Mohamed Taibi 


KONTINJEN Malaysia pada Olimpik Tokyo pada majlis pembukaan rasmi dengan diketuai pembawa Jalur Gemilang, Lee Zii Jia. - Kredit foto: MOM

1
0
0
0
0
You will be interested

Video| Akhirnya! Konsert Slam Mentari Muncul Lagi diteruskan! Tertangguh selama hampir 2 tahun!

Peminat kumpulan Slam menanti hampir 2 tahun untuk saksikan Konsert Slam Mentari Muncul Lagi akan terubat apabila konsert itu bakal diteruskan pada 12 Feb 2022

Fariza Saidin in Gaya Hidup 1 day ago

Akademi Mokhtar Dahari A juara Piala Pra-U! Bolot 4 anugerah! 'Permata' baharu bagi Liga M, IPT!

Pasukan AMD A buktikan kemampuan awal mereka apabila menjuarai Kejohanan Bola Sepak Piala Pra-Universiti (Piala Pra-U) 2021 dengan tewaskan MUFT 5-0 di Gambang
Abdul Hafiz Ahmad in Gaya Hidup 9 hours ago

Video| Istimewa daripada Asyraf Nasir! Jangan meninggi diri! 2Pai yang melompat pasti jatuh!

Lagu 2Pai ingatkan bahawa rezeki boleh diberi dan juga ditarik balik. Ia satu peringatan supaya kita jangan mudah leka, tak angkuh dan lupa diri - Asyraf Nasir
Fariza Saidin in Gaya Hidup 16 hours ago

Video| Impian Aina Abdul genggam ijazah bidang muzik tercapai! Menanti 5 tahun tamat pengajian!

Aina Abdul kini sudah dapat berbangga dengan miliki ijazah Sarjana Muda Muzik Kontemporari (Kepujian) dari Universiti UCSI setelah jalani kuliah selama 5 tahun
Fauzan Uda Ahmad in Gaya Hidup 17 hours ago

Video| Tetamu teruja diberikan ikan laga Siam! Sebagai buah tangan majlis resepsi perkahwinan!

Majlis resepsi perkahwinan di Serpong, Tanggerang Selatan dekat Jakarta agak unik. Tetamu diberikan seekor ikan laga Siam atau ikan cupang sebagai cenderamata
Fauzan Uda Ahmad in Gaya Hidup 1 day ago