Fieya Julia bangga lagu ciptaannya, Halusinasi dipilih sebagai single terkini. - Kredit foto: IG @fieyajulia
RASA teruja dan takut menguasai diri penyanyi Fieya Julia apabila mendapat tahu, syarikat rakaman Aries Music mengambil keputusan menjadikan lagu ciptaannya sebagai single terbaharunya. Lagu Halusinasi, ciptaan sepenuhnya oleh Fieya, dimuat naik di saluran YouTube Aries Music sejak 27 Ogos 2021 lalu dan hingga kini telah mencecah tontonan sehingga lebih110K.
Fieya atau nama sebenarnya, Nur Syafiyah Sejali, 22, mengakui keputusan yang dibuat oleh syarikat rakaman itu di luar dugaan kerana sebelum itu beliau kerap hantar ciptaannya tapi tidak terpilih.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan single terbaharu
“Sebenarnya
Fieya tak sangka lagu Halusinasi menjadi pilihan syarikat sebab sebelum ini Fieya
pernah bagi lagu yang Fieya buat tapi semuanya kena reject dan tak terpilih.
Mungkin material tak cukup bagus. Fieya tak sangka lagu Halusinasi ini menjadi
pilihan untuk syarikat. Rasa excited dan takut juga sebab sebelum ini Fieya nyanyi
lagu orang buat, komposer pun profesional.
“Macam Fieya ni masih baharu dan tak pernah keluarkan single ciptaan sepenuhnya daripada Fieya. Agak takut, manalah tau pendengar tak boleh terima lirik tulisan Fieya sebab masih belajar. Semua ini Fieya buat ikut idea sendiri, rasa takut dan teruja. Rasa bersyukur pun ada juga,” kongsi Fieya tentang keterujaannya bila Halusinasi menjadi single terbaharu.
Halusinasi merupakan kisah tentang perasaan Fieya yang menaruh harapan pada kawan baik.
Sebelum ini, nama Fieya melonjak naik menerusi lagu Perasaanku, ciptaan Amir Hariz yang diterbitkan pada 2018 dan mendapat 45 juta tontonan dalam YouTube, malah lagu tersebut juga diangkat sebagai lagu tema drama Semua Salahku.
Menurut Fieya,
lagu Halusinasi yang dibuat pada Ogos 2020, adalah berdasarkan kisah benar
tentang perasaannya ketika itu dan lirik disiapkan dalam tempoh sehari dan
dalam jangka seminggu, siap lirik dan melodi Halusinasi.
“Masa cipta lagu tu Fieya tengah alami siuasi tu, Fieya sedang layan sendu. Inspirasi dapat melodi lagu ini daripada mimpi. Agak pelik tapi memang Fieya dapat melodi lagu ini daripada mimpi. Fieya bangun daripada tidur dan terus rekod melodi yang dapat daripada mimpi dan ubah-ubah sikit dan jadilah melodi Halusinasi.
Selain menyanyi, Fieya juga berbakat dalam bidang penciptaan lagu.
“Sebenarnya,
lagu ini Fieya ceritakan tentang diri sendiri juga. Waktu muda ni, kita sering
salah anggap cara orang layan kita. Dalam hati mesti tertanya, dia ni layan
lebih, suka kat aku ke atau sebaliknya? Lagu ini sebenarnya kisah kita terjatuh
cinta dengan kawan sendiri, pada hal kita tahu dia adalah kawan kita sendiri.
Dan kita pula terletak harapan lebih daripada seorang kawan.
“Halusinasi
mengisahkan tentang Fieya. Fieya berkawan dengan seorang lelaki ini dan dia
selalu ada untuk Fieya tapi dia selalu juga menghilang. Dia ada masa Fieya
sedih dan hilang masa Fieya dah gembira. Lelaki itu hanya akan berada di sisi
Fieya tatkala Fieya memerlukan dia.
“Sebenarnya lelaki itu nak berada di sisi Fieya sebagai kawan, tapi Fieya tersalah anggap dan ingatkan dia layan Fieya sebab suka dan beri perhatian pada Fieya sebenarnya tak, dia caring sebab dia hargai sebagai kawan dan mahu jadi seperti kawan yang bermakna untuk Fieya,” cerita Fieya tentang isi hatinya sebelum terciptanya lagu Halusinasi.
Berdasarkan pengalamannya itu, Fieya nasihatkan orang lain supaya jangan cepat berharap pada orang yang berbuat baik dengan kita kerana kadang-kadang bukan sebab mereka jatuh cinta dengan kita tapi sebab dia hargai kita sebagai kawan.
Fieya Julia tampak semakin manis sejak berhijab Ogos lalu.
Jelas Fieya, rakam lagu Halusinasi dilakukan di studio Wan Saleh, komposer yang mencipta lagu Penantian untuk singlenya sebelum ini. Rakaman lagu tersebut tidak sampai lima jam kerana sebelum memasuki studio rakaman, Fieya terlebih dahulu membuat latihan.
“Masa rakaman ada juga feel yang tak sampai tapi dibantu oleh orang yang buat arrangement lagu itu dan abang Wan Saleh juga, senang la. Cara Fieya nak menjiwai lagu itu, selalunya setiap lagu yang Fieya nyanyikan Fieya akan letakkan diri dalam situasi lagu tersebut supaya dapat feel sedih dan gembira dan senang untuk menjiwai lagu itu.
“Halusinasi
merupakan single keempat Fieya yang bergenre balada. Kalau boleh, biarlah orang
kenali Fieya sebagai penyanyi balada sebab belum puas lagi kerana tak ramai
lagi yang mengenali Fieya Julia sebagai penyanyi lagu balada. Sekarang ini
ramai yang ingat Fieya penyanyi lagu rock sebab Fieya banyak buat cover song.
“Orang lebih mengenali Fieya daripada cover song. Ada juga yang tahu lagu Fieya tapi tak tahu penyanyi. Belum puas hati dalam indsutri ini, Fieya nak orang kenali Fieya sebagai penyanyi balada.
"Bila rasa puas hati baru cuba genre lain. Mungkin ramai yang bosan sebab Fieya asyik balada tapi setakat ini ilham Fieya memang ke arah balada saja. Belum dapat ilham untuk buat lagu catchy, insya-Allah Fieya akan cuba buat genre lain,” katanya terus terang.
Mahu orang kenalinya sebagai penyanyi balada dan bila sampai masa baru Fieya beralih kepada genre lain.
Seiring
dengan penerbitan Halusinasi, Fieya memberitahu, muzik video lagu tersebut akan
menjalani penggambaran Oktober 2021 ini sebab beliau belum lengkap vaksin.
“Fieya dah ada storyline sendiri untuk video muzik itu tapi takut storyline Fieya tak memuaskan hati pengarah. Jadi Fieya akan bincang sekali dengan syarikat.
"Kalau
ikut perancangan Fieya, nak ada seorang model lelaki dalam video muzik
Halusinasi ini. Modelnya kawan Fieya sendiri dan kawan tu pun belum second
dose. Belum confirm model lagi tapi Fieya nak model lelaki untuk ikut lirik
lagu tersebut,” jelasnya. - KitaReporters