Seni & Sukan 17 Oct, 2021

Video| Sheessh! Apa maksud perkataan viral ini? Forceparkbois jadikan judul lagu Sheessh Flow!

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com. Email: [email protected]

Share this


BAGI anak-anak muda yang tergolong dalam Gen Z sudah tentu tahu dan sering mendengar satu perkataan yang viral dalam media sosial khususnya aplikasi TikTok iaitu ‘sheessh’.

Namum bagi angkatan lama tentu nak tahu kan apa maksud ‘sheessh’ yang menjadi ilham kepada kumpulan hip hop dikenali sebagai Forceparkbois (FPB) untuk menghasilkan single terbaharu mereka berjudul ‘Sheessh Flow’.

Wah! Agak unik kedua-dua nama ini ‘sheessh’ dan ‘Forceparkbois’ ini kan? 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan



Berbelit juga lidah nak menyebut nama kumpulan berasal Johor yang dianggotai 11 orang ini iaitu Chik (chikpap), Nakalness (nakalness), Noel (actualnoel), Blxckid (yungfriyay), Aset.bo (asset.bo), Han Panas (han.panas), Pab (shaf_pablo), Laws (laws.prayboi), Aali.3gp (aali.3gp), N$H (fpbnishy) dan Fuegone (Fuegone).

Setelah menggegarkan industri seni pada tahun 2021 ini dengan kehadiran single yang berjudul ‘Lotus’ sehingga mencecah 10 juta tontonan dalam YouTube, FPB kembali mempertaruhkan ‘Sheessh Flow’ selepas perkatan ‘sheessh’ itu sendiri trending dalam TikTok dan Instagram.

Menurut laporan daripada idharvest.my.id, perkataan ‘sheessh’ itu biasanya digunakan para remaja  sebagai perkataan alternatif kepada ‘astaga’ atau pun ‘sial’ untuk mengungkapkan kejutan tentang sesuatu dalam teks dalam media sosial.

Dan apa yang membuatkannya popular adalah ketika seorang pengguna TikTok @meetjulio membuat posting video memperlihatkan seekor katak besar bersama dengan bunyi nyaring ‘sheessh sheessh’ .



Sejak itu, audio aslinya menjadi trending dan digunakan dalam berbagai-bagai video viral dalam aplikasi Tik Tok dan ‘sheessh’ menjadi kata gaul popular disukai ramai.

Begitu ceritanya asal usul perkataan ‘sheesh’ ya!

Namun bagi Forceparkbois walaupun diinspirasikan daripada perkataan ‘sheessh’ lagu ‘Sheessh Flow’ bermaksud sama seperti flexing cuma bukan flexing duit atau yang sewaktu dengannya, tetapi hanya untuk fesyen dan jenama pakaian yang semua orang Malaysia pakai.

“Bait-bait lirik pun banyak ayat untuk flex apa yang kami ada pada zaman sekarang,” jelas FPB sambil berpendapat ia sebahagian daripada gaya hidup dan budaya masa kini.



Bercerita lanjut bagaimana timbulnya idea menghasilkan ‘Sheessh Flow’ kata FPB, ia terhasil apabila seorang daripada rakan mereka datang ke studio dengan memakai kasut baru.

"Jadi kami pun memberi reaksi dengan perkataan ‘sheessh’ sebagai tanda bersorak dan bergurau. Dan dari situlah  kami ambil keputusan utk menghasilkan lagu yang menggunakan perkataan ‘sheessh’ kerana kejadian itu,” kenang mereka.

Merakamkan single ini dengan gaya mereka yang tersendiri dalam masa sebulan, FPB menyeru agar pengguna media sosial TikTok  menggunakan pula Sheessh Flowsebagai bunyi dalam media sosial mereka.

Bagi video muzik Sheessh Flow’  arahan Gifix Film, penggambaran mengambil masa sehari sahaja, menunjukkan sisi kehidupan zaman kini yang dirakamkan di dalam kedai mereka sendiri bernama 'The After Market' ,yang menjual barangan untuk anak muda yang sesuai dengan peringkat umur para pendengar FPB. 

Lagu Sheessh Flow’ terbitan Warner Music Malaysia ini boleh didapati dalam kesemua pelantar penstriman digital seperti Apple Music, Spotify, Joox, KKBox, dan Deezer. - KitaReporters


13
16
0
14
0
You will be interested