Seni & Sukan 25 Apr, 2020

DR SOO WINCCI!! CUBA HAFAL NIAT PUASA PULAK...

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: [email protected]

Share this

BAGI yang mengikuti perkembangan pelakon dan penyanyi berketurunan Cina, Dr Soo Wincci, pasti tahu bekas Ratu Cantik Malaysia 2008 ini seorang yang suka berpuasa pada bulan Ramadan. Walaupun bukan beragama Islam, tidak menghalang untuk dirinya berpuasa. Wincci pernah menyatakan tujuannya berpuasa adalah untuk kesihatan. : KItaReporters

Wincci percaya berpuasa bagus untuk kesihatan.


Tahun ini merupakan kali kesembilan dia berpuasa

Lebih istimewa, kali ini Wincci berpuasa di Malaysia setelah dua tahun berpuasa di luar negara kerana menyambung pelajaran di Sepanyol

Pengalamannya berpuasa selama 16 jam di Sepanyol, memberi pengalaman paling bermakna dalam hidupnya. Maklumlah di Malaysia tempoh waktu berpuasa sekitar 13-14 jam sahaja.

Perbezaan geografi dan jarak kedudukan dengan garis waktu membuatkan tempoh berpuasa itu berbeza dari satu tempat dengan tempat yang lain.

Keterujaannya setiap kali tiba Ramadan sangat dikagumi oleh para peminatnya. 

Malah, bukan sahaja puasa Ramadan, Wincci juga mengamalkan puasa enam pada bulan Syawal.

dr.soowincci : Dah 2 Tahun Berpuasa Kat Luar Negara, Tahun Yg Ke 9 Ini Bersyukur Dapat Balik Ke Malaysia Untuk Berpuasa Bersama Anda ! Selamat Bersahur & Selamat Berpuasa Semua !


Wincci menerusi Instagramnya, melahirkan kesyukuran kerana tahun ini dia dapat berpuasa di negara sendiri.

“Dah dua tahun berpuasa kat luar negara. Tahun yang ke-9 ini bersyukur dapat balik ke Malaysia untuk berpuasa bersama anda! Selamat bersahur & selamat berpuasa semua,” tulisnya.

Sementara itu, pengikutnya dalam Instagram turut mengucapkan selamat berpuasa kepadanya.

“Selamat berpuasa bersama-sama doktor! Cubalah hafal niat puasa pula. 

"Manalah tahu kot-kot puasa tu jadi lebih nikmat,” tulis salah seorang netizen.

Peminat turut memberi kata-kata sokongan kepada Wincci.


Sedangkan orang bukan Islam boleh berpuasa pada bulan Ramadan, takkanlah kita yang beragama Islam tidak boleh menunaikan kewajipan ini.

Kita tunggu dan lihat, sama ada wujud lagi tak geng ‘plastik hitam’ atau geng ‘van jenazah’ tahun 2020 ini. - KitaReporters

1
0
0
0
0
You will be interested