Gaya Hidup 02 Aug, 2020

Petai, kopi jadi hadiah! Majlis hari raya kelab anak Borneo

@isa ramli
Penglibatan sebagai wartawan 23 tahun mulai 1984 dan bersara awal 2005 . Jawatan terakhir Penolong Kanan Ketua Penyunting Utusan Melayu di Syarikat Utusan Melayu (M) Berhad. Penyumbang beberapa majalah, media eletronik dan cetak.

Share this
ORANG ramai dan tetamu Malam Sambutan Hari Raya Aidiladha anjuran Kelab Kebajikan Anak Borneo Selangor (KKABS) diberikan cenderahati istimewa berupa 'petai' dan ' kopi ganoderma'' sebagai buah tangan kehadiran. Majlis berlangsung dalam suasana sederhana tetapi meriah digamatkan dengan persembahan penghibur berbakat, serba boleh berstyle gaya pelakon serta penyanyi Yusof Chong, Helmi Gimmick. : KitaReporters


Sebahagian ahli dan orang ramai yang hadir memeriahkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidiladha anjuran Kelab Kebajikan Anak Borneo Selangor (KKABS) di Seksyen 7 Lestari Perdana, Bandar Putra Permai, Seri Kembangan,Selangor. - Kredit foto: KKABS dan Maznah Kasim.


Lagi cerita-cerita berkaitan Lestari Perdana:

https://kitareporters.com/search?search=Lestari+Perdana


Sekalipun tiga tokoh pemimpin tempatan yang dijemput terdiri daripada Ahli Parlimen Puchong, Govind Singh Deo dan dua Exco Selangor, Dr.Siti Mariah Mahmud (ADUN Seri Serdang) dan Ng Sze Han (ADUN Kinrara) tidak dapat bersama kerana menghadiri majlis di luar Selangor, namun majlis yang berlangsung di KKABS Centre di Jalan LP 7/2 Seksyen 7, Lestari Perdana (S7LP) berjalan lancar dan menarik ahli-ahli KKABS yang datang sama ada dari sekitar Selangor termasuk Rawang, Klang, Shah Alam, Banting dan lain-lain mahupun penduduk setempat.

Majlis yang mendapat permit kelulusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) itu berlangsung antara jam 8.00 hingga 10.00 malam pada Jumaat, 31 Julai 2020 dan disajikan dengan pelbagai jenis makanan tradisonal Borneo, di samping nasi putih, sup, rendang, daging masak hitam dan sate.
Para tetamu dan orang ramai yang hadir dikenakan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) termasuklah membuat pemeriksaan suhu badan, memakai pelitup muka, menggunakan pencuci tangan sanitizer dan mengamalkan penjarakan sosial.

Ahli wanita KKABS bergotong royong memotong daging korban untuk diagihkan kepada ahli dan asnaf pada Program Melapah Daging Korban di Pusat Kegiatan KKABS, Seksyen 7 Lestari Perdana.


Semua yang hadir tidak kering gusi dengan telatah lucu tetapi bersahaja oleh pengacara Helmi Gimmick yang mengendalikan majlis pada malam tersebut. Di samping itu beliau juga turut menghiburkan hadirin dengan persembahan nyanyian lagu-lagu top hits yang dipopularkan penyanyi-penyanyi tanah air.

Antara lagu-lagu dipersembahkan dan mendapat tepukan gemuruh mereka yang  hadir termasuklah 'Sekuntum Mawar Merah Sebuah Puisi' nyanyian David Arumugam dari Kumpulan Alleycats, 'Bukan Kerana Nama' Ramli Shariff, 'Bukan Ku Tak Sudi' Saleem. Helmi juga mampu menyampaikan sebuah lagu Mandarin dengan baik seperti yang disampaikan oleh artis Tionghua. 

Sebaik sahaja beliau menyampaikan lagu Hindi 'Bo Lora Kabu' nyanyian Mukesh dari filem Sangam tepukan gemuruh dan siulan mengiring nyanyian tersebut bergema. Juga seorang wanita peminat lagu-lagu Hindi menyanyi dan menari bersama Helmi hingga lagu selesai.

Pengerusi KKABS, Dirman Buston (kiri) menyerahkan sumbangan daging korban kepada salah seorang ahli kelab itu di Pusat Kegiatan KKABS, Seksyen 7 Lestari Perdana.


Pengerusi KKABS, Dirman Buston memberitahu, pihak kelab pada siangnya mengadakan Program Melapah Daging Korban sumbangan Exco Kerajaan Selangor Ng Sze Han yang disembelih dengan kerjasama Masjid Batu 12 Puchong dan diagihkan kepada 58 ahli KKABS serta 12 orang asnaf dari Seksyen 7 Lestari Perdana.

Katanya, program Melapah Daging Korban dan Majlis Sambutan Hari Raya anjuran KKABS bertujuan mengeratpadukan serta mempertingkat jalinan hubungan silaturahim dalam kalangan ahli, selain juga sebagai usaha ke arah berkolaborasi bersama komuniti penduduk setempat kerana kebetulan Pusat Kegiatan KKABS baru berpindah operasinya di S7LP.

Dua ahli KKABS tekun memotong daging pada Program Melapah Daging Korban di Pusat Kegiatan KKABS.


Menurutnya, lebih-lebih lagi dalam suasana hari raya dan ziarah kunjung, ahli-ahli diharap dapat memupuk semangat kekeluarga yang lebih kental khusus dalam kalangan mereka yang berasal daripada kepulauan Borneo
Pada sebelah tengah hari dan petang, termasuk ahli-ahli wanita bertungkus lumus bergotong royong menyediakan juadah dan masakan untuk jamuan Sambutan Hari Raya Aidiladha pada malamnya.

Perancangan awal Program Melapah Daging Korban dan Majlis Sambutan Hari Raya Aisiladha diadakan secara kerjasama dengan Persatuan Penduduk Seksyen 7 Lestari Perdana (S7LP), Surau Lestari Perdana LP7 dan Badan Pengurusan Bersama (JMB) Apartmen dan Kedai Seksyen 7 Lestari Perdana.

Bagaimanapun masalah urusan kelulusan permit kebenaran dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) agak lewat, maka ia terpaksa dibatalkan ditambah pula dengan ketiadaan ramai penduduk setempat kerana balik bercuti di kampung sempena Hari Raya Aidiladha. - KitaReporters

Antara barisan penyambut tetamu Majlis Sambutan Malam Aidiladha 2020 Kelab kebajikan Anak Borneo Selangor.

Sebahagian daging korban yang belum dilapah pada Program Melapah Daging Korban anjuran KKABS.

Salah seorang ahli KKABS menerima agihan daging pada Program Melapah Daging Korban kelab berkenaan.

Salah seorang ahli KKABS yang terpilih menerima daging korban daripada Dirman Boston ( dua daripada kiri).

Helmi Gimmik sambil mengacara majlis pada malam itu turut mengumumkan para tetamu dan orang ramai yang hadir akan diberikan cenderahati istemewa berupa 'petai'

You will be interested

Dah ada dua papan amaran maut! Rakyat Malaysia memang degil!

Tular sebuah gambar memaparkan beberapa orang sedang mandi manda di Air Terjun Belukar Bukit, Hulu Terengganu walaupun ada papan amaran kawasan itu lubuk maut

Demi Ada Untukmu: Amelina beralih dari dangdut! Demi siapa?

Amelina buat julung kalinya beralih ke genre balada setelah 27 tahun berada dalam zon selesa sebagai penyanyi dangdut dengan lagu terbaharu berjudul Ada Untukmu
Fariza Saidin in Gaya Hidup 16 hours ago

Musim Haji 1441 istimewa! Norma baharu tunaikan ibadat haji!

Para jemaah haji perlu melalui norma baharu dengan mematuhi setiap SOP bagi menjamin kelancaran setiap amalan rukun haji demi menjamin keamanan dan keselamatan
Isa Ramli in Gaya Hidup 17 hours ago

Peluang kedua perkenal diri! Nana Sheme finalis Big Stage!

Nana Sheme tak kisah populariti lagu lebih menyerlah berbanding penyanyinya kerana ia bukan penghalang untuk beliau tidak meneruskan kerjaya dalam bidang seni
Khadijah Ibrahim in Gaya Hidup 1 day ago

OKU penglihatan, doktor gigi antara finalis Big Stage 2020!

Dinie Rashid, OKU penglihatan, dan Hafiz Zainal, doktor gigi, adalah antara 12 finalis program realiti Big Stage 2020 bagi mempertaruh bakat muda generasi BBNU
Fariza Saidin in Gaya Hidup 1 day ago