Rodrigo Duterte mengeluarkan arahan kepada pihak polis untuk menangkap sesiapa sahaja yang tidak memakai pelitup muka dengan betul. - Kredit foto: Reuters
PRESIDEN Filipina, Rodrigo Duterte mengeluarkan arahan kepada semua anggota polis untuk menahan individu yang tidak memakai pelitup muka dengan betul.
Duterte berkata, arahan itu termasuk mereka yang memakai pelitup muka di bawah hidung.
“Arahan saya kepada polis ialah, mereka yang tidak
memakai pelitup dengan betul, demi untuk melindungi orang awam… tangkap
mereka,” katanya yang dipetik oleh laporan Rappler, 7 Mei 2021.
Mereka yang ditangkap akan disoal siasat dan boleh
ditahan hingga sembilan jam.
Tegas Duterte, hanya dengan tindakan sedemikian orang
ramai akan patuh dengan pemakaian pelitup muka yang betul.
“Jika saya tidak buat begitu, jika saya tidak tegas,
apa pun tak akan berlaku,” katanya lagi pada Khamis, 6 Mei 2021.
Arahan terbaharu itu dikeluarkan selepas mesyuarat
pasukan khas Covid-19, ketika negara itu bertungkus-lumus mempergiatkan usaha
membendung penularan jangkitan wabak berkenaan.
Dalam satu video rasmi yang dikeluarkan, hanya Duterte
memakai pelitup muka dengan betul, berbanding individu lain yang dilihat dalam
rakaman terbabit.
Ribuan orang dikenakan tindakan kerana melanggar
peraturan Covid-19 sejak akhir Mac 2021 lalu, apabila sekatan diketatkan di seluruh
ibu negara dan wilayah berdekatan susulan peningkatan kes.
Tahun 2020 lalu, Duterte pernah memberi amaran keras kepada
rakyatnya bahawa mereka akan ditembak mati sekiranya mengingkari perintah
berkurung susulan penularan wabak ini. - KitaReporters
Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter