Seni & Sukan 18 May, 2021

Duda tikam janda! Lapan kali di khalayak ramai! Enggan lakukan hubungan intim, disyaki curang!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: [email protected]

Share this


AKIBAT kekasih enggan melakukan hubungan intim serta menimbulkan syak wasangka terhadap kekasihnya curang menyebabkan seorang duda bertindak menikam seorang janda dengan sebilah pisau sebanyak lapan kali di sebuah pusat beli-belah di Kota Jambi, Sumatera pada Rabu, 12 Mei 2021 lalu. 

Dalam kejadian yang berlaku sehari sebelum sambutan Hari Raya Aidilfiri di pekarangan pusat beli-belah tersebut di Jalan Pattimura, Beliung, Alam Baroja,  menyebabkan orang ramai menjadi gempar seketika.

Ini kerana orang ramai melihat gelagat duda, Okta Harianto, yang berumur 31 tahun itu sedang menikam bertubi-tubi di bahagian punggung, leher dan kepala janda bernama Yohana Irda, berusia 24 tahun, itu.


Lagi cerita-cerita jenayah berkaitan cemburu

ORANG ramai hadir ke lokasi Okta yang menikam Yohana di sebuah pusat beli-belah di Kota Jambi, Sumatera pada 12 Mei 2021.- Kredit Foto : Tribunnews.com


Yohana janda beranak dua itu bekerja sebagai jurujual terpaksa dikejarkan ke Rumah Sakit Mayang Medical Center (MMC) untuk rawatan selanjutnya selepas cedera parah. 

Tribunnews.com pada 13 Mei 2021 dipetik berkata, sebelum kejadian itu dikatakan janda itu sedang berjalan menuju ke tempat kerjanya di pusat beli-belah tersebut.

Bagaimanapun, Okta telah menunggu wanita itu sejak dari awal lagi lalu suspek mengikut mangsa yang sedang berjalan kaki bersendirian itu.

Sebaik sahaja mereka berjumpa di lokasi berkenaan, perbualan mereka menjadi kecoh yang berakhir dengan pergaduhan menyebabkan Yohana cuba melarikan dirinya bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku ke atas dirinya di khalayak ramai.

Namun Okta yang berasal dari Sekojo, Kota Palembang itu terus mengejar Yohana lalu lelaki itu menikam mangsa sebanyak lapan kali dengan sebilah pisau yang dibawanya mengakibatkan wanita itu jatuh tersungkur kerana perdarahan darah yang serius pada tubuh mangsa.


BEBERAPA anggota polis hadir ke lokasi kejadian. - Kredit foto: Tribunnews.com


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jambi, Inspektor Hariyanto berkata, hasil siasatan polis mendapati mereka berdua adalah pasangan kekasih.

Menurutrnya, pergaduhan itu berpunca apabila janda muda itu tidak mahu melakukan hunungan seks dengan Okta lalu suspek menaruh curiga terhadap Yohana yang telah curang dengannya selain ada mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain.

``Sebelum mengenali Yohana, Okta sudah mempunyai isteri serta seorang anak tetapi lelaki itu telah menceraikan isterinya sebagai membuktikan cinta sejati terhadap janda muda itu,’’ kata Hariyanto.

Suspek ditahan polis ditempat kejadian pada hari berkenaan dan suspek akan didakwa di mahkamah tidak lama lagi. - KitaReporters


Okta Harianto ditahan untuk dibawa ke pengadilan. - Kredit foto: Jambi Kita

16
10
14
3
13
You will be interested