Seni & Sukan 29 May, 2020

Shah Hazvee ngaku tak bersalah! Tuduhan pikat isteri orang!!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
PELAKON drama ‘Monalisa’ dan ‘Hero’, Shah Hazvee atau nama  lengkapnya Muhammad Shah Radhi Hazvee, 24, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ampang Selangor hari ini, Jumaat, 29 Mei 2020 atas pertuduhan memikat isteri orang untuk melakukan persetubuhan pada Isnin, 25 Mei 2020. : KitaReporters

Shah Hezvee sebagai Fakhrul dalam siri 'Hero'. - Kredit foto: IG @shahhazvee


Menurut laporan media, tuduhan dibacakan di hadapan Majistret Farah Nasihah Annuar.

Mengikut kertas tuduhan, Shah Hezvee didakwa memikat isteri orang berusia 36 tahun dan supaya wanita itu melakukan persetubuhan dengannya.

Shah Hezvee didakwa mengikut Seksyen 498 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 498 Kanun Keseksaan iaitu memikat atau membawa pergi atau menahan seseorang perempuan yang bersuami dengan niat jenayah dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 iaitu Kelakuan Aib.

Pelakon ini didakwa melakukan kesalahan berkenaan di sebuah rumah di Taman Sering Ukay, Hulu Langat kira-kira pukul 8 malam, Isnin, 25 Mei 2020.

Shah Hazvee didakwa di Mahkamah Majistret Ampang. - Kredit foto: mstar


Mahkamah menetapkan wang jaminan RM2,300 dengan seorang penjamin dan tarikh sebutan semula kes ialah pada 5 Ogos 2020 ini.

Difahamkan Shah Hazvee dijamin oleh kakaknya sendiri.

Laporan terdahulu menyebut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Noor Azmi Yusoff telah mengesahkan pihaknya menahan Shah Hazvee di Taman Sering Ukay, Ampang, Selangor, pada Selasa 26 Mei 2020, jam 9 pagi ketika hadir memberi keterangan.

Menurut fakta kes, seorang suami berusia 38 tahun yang merupakan peniaga mendapati isterinya tiada dan keluar rumah tanpa izin bersama seorang lelaki yang dikenali, pada pukul 8 malam, Isnin 25 Mei 2020. - KitaReporters

2
0
0
0
2
You will be interested