SETIAP kali kedatangan Syawal pasti akan ‘kalut’ menyediakan persiapan, namun berbeza tahun ini berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) membuatkan ramai yang mengambil peluang ini untuk membuat persediaan lebih awal. Mungkin bosan dengan hanya terperuk di rumah membuatkan ramai yang tampilkan kebolehan masing-masing dalam membuat persediaan berlainan untuk menyambut Syawal. : KitaReporters
HASIL dekorasi yang ditampilkan yang berkonsepkan kedamaian dan menggunakan serba-serbi berwarna hijau. Kredit foto: Facebook Manz Riezman.
Biarpun agak berbeza daripada tahun-tahun lalu, namun tidak menghalang untuk menghias kediaman sendiri bagi memuaskan pandangan mata tuan rumah.
Baru-baru ini, tular
dalam media sosial seorang lelaki muda yang gigih menghias kediamannya dengan warna
hijau.
Wow… bersemangatnya
dia sambut lebaran tahun ini!!
KREATIF... meja juga dibalut dengan pelapik berwarna hijau.
Walaupun tidak
semeriah tahun-tahun lalu, namun memastikan kediaman kelihatan cantik juga
merupakan satu kepuasan.
Lelaki berkenaan yang
menamakan diri sebagai Manz Riezman berkata, dia menghias sehingga hampir
keseluruhan ruangan dalam rumahnya termasuk lantai, dinding dan siling berwarna hijau.
BUKAN sahaja dekorasi rumahnya berkonsepkan hijau tapi baju raya juga berwarna hijau.
Sejuk mata memandang... sekali
pandang macam di rimba pula yang dikelilingi susasana meredupkan.
Namun itu yang
menyejuk mata tuan rumah…biarlah dia!
BAHAGIAN dapur juga tidak ketinggalan dengan warna kesukaannya, hijau.
Menariknya hiasan berwarna hijau itu bukan sahaja memenuhi ruang tamu rumah berkenaan.
Malah, meja juga
turut dibalut dengan alas berwarna hijau.
Rajinnya dia…menarik
gitu!
DEKORASI unik pemiliknya mendapat perhatian netizen yang memuji hasil kreativiti yang ditampilkan.
Tidak ketinggalan di bahagian dapur rumahnya juga dihiasi dengan warna hijau sepenuhnya.
Bagi mereka yang
meminati warna hijau mungkin inilah kedamaian dan seolah-olah syurga buat
mereka.
Malah kesungguhan
lelaki bernama Rosman Mat Sali itu membuatkan ramai pengikut dalam laman Facebook memuji
keunikan dekorasi dan mendapat perhatian dengan konsep yang ditampilkan di
kediaman tersebut.
PUAS HATI... dengan hasil yang dilakukan sendiri.
Tidak kisahlah
bagaimana dia menghias rumah, yang penting cantik dan keluarga suka dengan
dekorasi tersebut.
Benarlah kata pepatah rumah adalah syurgaku. Tahniah tuan rumah. - KitaReporters