Gaya Hidup 23 Jun, 2020

Wak Doyok bagi baju Melayu! Starvilion nak tutup! Lelong RM1

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com.

Share this

Ikon fesyen Malaysia yang terkenal dengan imej janggut berjambang, Wak Doyok mahu sedekahkan 5,000 pasang baju Melayu di bawah labelnya secara percuma sempena jualan penutup terakhir dari hub fesyen selebriti, Starvilion, bermula esok, Rabu 24 Jun 2020 hingga 5 Julai 2020 ini. : KitaReporters

Wak Doyok di hadapan kain rentang Jualan Murah Terakhir butik Starvilion. - Kredit foto: IG @wakdoyok



Mengumumkan demikian dalam perasaan sedih melalui akaun Instagramnya, Wak Doyok atau nama sebenarnya, Tengku Mohammad Azwan Shah Mohammad Nor, 40, berkata, ‘Wak kena kuatkan semangat demi 70 orang adik yang bekerja dengan Wak selama 3 tahun di Starvilion.”

Tulisnya lanjut: “Susah bila keadaan terus menduga macam ini. Wak nak bagi perintah tutup company pun sedih, tak sampai hati.”

Starvilion merupakan hub fesyen selebriti pertama di Malaysia yang menyatukan pelbagai jenama di bawah satu bumbung yang menjadi platform untuk golongan selebriti berkongsi bakat dan minat mereka dalam fesyen. 

#Throwback.. Ketika mempromosikan koleksi baju Melayunya pada tahun 2018.


Butik ini menawarkan pelbagai jenis pakaian ‘ready to wear’ kasual dan tradisional daripada koleksi artis-artis ternama. 

Selain Wak Doyokantaranya ialah Nora Danish, Elfira Loy, Wany Hasnita, Remy Ishak, Fazura & Fattah Amin, Nelydia Senrose dan ramai lagi.

Kini, butik yang secara rasmi  dibuka di Shah Alam pada bulan April 2018 itu barangkali terpaksa gulung tikar ekoran ekonomi yang merudum apatah lagi apabila negara dilanda wabak COVID-19.

Sehubungan itu, Wak Doyok yang turut mempunyai jualan koleksinya di butik tersebut memohon agar netizen memberikan sokongan dengan menguar-uarkan jualan terakhir Starvilion.

“Koleksi yang kami ada semua memang elok & cantik. Wak terpaksa lelong semua ni! 

"Jadi Wak mintak semua please share dan support post ni, please dan thank you”, tulisnya.

Menurut Wak Doyok, mulai 24 Jun hingga 5 Julai 2020 ini, Starvillion akan ‘clear’ stok yang ada dengan lelongan serendah RM1 malah lebih 1,000 helai tudung percuma menanti pelanggan terawal setiap hari.


Wak Doyok berkata, dia akan sedekahkan 5,000 pasang baju Melayu Wak Doyok secara percuma di butik Starvilion dan juga melalui laman web www.starvilion.com

Dan khas buat frontliners, pelakon ‘Abang Long Fadhil 2’ ini akan turut memberikan baju Melayu percuma dalam kadar khas asalkan mereka membawa ID pekerjaan masing-masing sebagai bukti.

Di samping itu, Wak Doyok menyarankan agar netizen yang membaca postingnya supaya ‘tag’ 11 rakan mereka yang lain bagi peluang untuk memenangi salah satu daripada 11 pasang Baju Melayu yang telah disediakan secara percuma.



Untuk itu katanya, pemenang akan diumumkan setiap hari semasa tempoh kempen berlangsung sehingga 5 Julai 2020. 

Jadi tunggu apa lagi, meh  pakat 'tag' atau kunjungi butik Starvilion dan rebut baju Melayu Wak Doyok. 

Boleh la pakai masa Hari Raya Haji nanti kan?

“Jom ramai2 kita share post ni, viralkan!” kongsinya pada Instagram @starvillion.

Pun begitu, dengan kata-kata ayat akhirnya yang berbunyi, “Kita tutup dulu, nanti inshaAllah kita akan bangkit semula dengan direction yang baru. InshaAllah."  

Justeru, kita doa-doakan Wak Doyok dan team @starvilion ini!! Mungkinkah hub fesyen terkenal ini akan diberikan nafas baharu atau dijenamakan semula? Wallahualam! 

Kita tunggu dan lihat sahaja perkembangan Wak Doyok kelak! Semoga dipermudahkan.  - KitaReporters

0
1
5
0
1
You will be interested

Video| Akhirnya! Konsert Slam Mentari Muncul Lagi diteruskan! Tertangguh selama hampir 2 tahun!

Peminat kumpulan Slam menanti hampir 2 tahun untuk saksikan Konsert Slam Mentari Muncul Lagi akan terubat apabila konsert itu bakal diteruskan pada 12 Feb 2022

Fariza Saidin in Gaya Hidup 1 day ago

Akademi Mokhtar Dahari A juara Piala Pra-U! Bolot 4 anugerah! 'Permata' baharu bagi Liga M, IPT!

Pasukan AMD A buktikan kemampuan awal mereka apabila menjuarai Kejohanan Bola Sepak Piala Pra-Universiti (Piala Pra-U) 2021 dengan tewaskan MUFT 5-0 di Gambang
Abdul Hafiz Ahmad in Gaya Hidup 10 hours ago

Video| Istimewa daripada Asyraf Nasir! Jangan meninggi diri! 2Pai yang melompat pasti jatuh!

Lagu 2Pai ingatkan bahawa rezeki boleh diberi dan juga ditarik balik. Ia satu peringatan supaya kita jangan mudah leka, tak angkuh dan lupa diri - Asyraf Nasir
Fariza Saidin in Gaya Hidup 17 hours ago

Video| Impian Aina Abdul genggam ijazah bidang muzik tercapai! Menanti 5 tahun tamat pengajian!

Aina Abdul kini sudah dapat berbangga dengan miliki ijazah Sarjana Muda Muzik Kontemporari (Kepujian) dari Universiti UCSI setelah jalani kuliah selama 5 tahun
Fauzan Uda Ahmad in Gaya Hidup 18 hours ago

Video| Tetamu teruja diberikan ikan laga Siam! Sebagai buah tangan majlis resepsi perkahwinan!

Majlis resepsi perkahwinan di Serpong, Tanggerang Selatan dekat Jakarta agak unik. Tetamu diberikan seekor ikan laga Siam atau ikan cupang sebagai cenderamata
Fauzan Uda Ahmad in Gaya Hidup 1 day ago