Seni & Sukan 21 Feb, 2022

Video| Beli nasi lemak tapi dapat timun sahaja! Idea murah untuk pemegang telefon dalam kereta!

@nur syamila kamarul arefin
Alumni Universiti Sains Malaysia dalam bidang kewartawanan. Pernah berkhidmat sebagai seorang wartawan dan juga penulis di dua buah syarikat. Masih lagi belajar menjadi seorang penulis.

Share this


SIAPA sahaja yang tidak sarapan pagi setiap hari. Sarapan pagi adalah sangat penting buat semua orang, jadi tolong jangan pernah skip sarapan pagi.

Sarapan pagi paling cukup terkenal di Malaysia ini, sudah tentulah nasi lemak. Ini kerana semua zat ada pada nasi lemak.

Seorang lelaki tular dalam TikTok kerana sarapan pagi yang dibelinya

Beliau membeli nasi lemak sebelum masuk kerja tetapi lain yang dapat. Ini membuatkan ramai netizen terhibur melihat sarapan pagi yang dibeli sangat mencuit hati.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan makanan nasi lemak


Namun, sesampainya di tempat kerja untuk bersarapan pagi, beliau membuka bekas makanan dan melihat potongan timun dalam bekas makanannya.

Ini membuatkan netizen berasa geli hati kerana saiz timun tersebut yang tidak dipotong dan saiz timun tersebut tetap sama.

Kesian juga dekat lelaki ini, mungkin nak suruh diet sebab tu bagi timun sebiji bukannya nasi lemak yang patut dia dapat pada pagi itu.  

Tetapi ada hikmahnya untuk semua, kisahnya menceriakan semua orang yang sedang stres dan lepas ni kena alert kalau beli makanan apa-apa. 


Ingatkan nasi lemak, timun rupanya!


Sementara itu, selalunya dalam kereta anda pasti akan ada pemegang telefon bagi memudahkan kita untuk menggunakan telefon semasa melihat Waze bagi mengetahui arah jalan untuk ke sesebuah destinasi.

Namun pemegang telefon ini selalu akan jatuh secara mengejut. Jadi seorang lelaki telah berkongsikan kaedah paling mudah dan menjimatkan sekiranya korang tidak mempunyai pemegang telefon di dalam kereta.




Seorang pemuda dari Indonesia berkongsikan kaedah pemegang telefon dengan hanya menggunakan plastik biasa yang diselitkan dan dimasukkan dalam ruang pendingin hawa kenderaanya. 

Seterusnya plastik tersebut perlu dikepitkan pada casing telefon dan ianya akan dapat menampung berat telefon seterusnya dijadikan pemegang.



Rata-rata netizen yang melihat perkongsian video ini memuji idea lelaki ini yang lain dari lain. 

Kreatiflah orang zaman sekarang ni! Min pun tak terfikir langsung. - KitaReporters 

12
15
0
11
0
You will be interested