Seni & Sukan 02 Dec, 2020

Video| Anugerah MeleTOP 2020 lakar sejarah! Format 4K UHD!

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com.

Share this

SETELAH penganjuran anugerah pilihan penonton “Anugerah MeleTOP Era’ (AME) yang sepatutnya dijadualkan berlangsung pada 21 April 2020 tertangguh disebabkan pandemik COVID-19, peminat kini boleh menarik nafas lega apabila kemuncak untuk mengetahui siapa artis yang bakal memenagi 15 kategori utama yang dipertandingkan itu akan diketahui pada 20 Disember 2020 ini. : KitaReporters



Sehubungan itu, sejak mula diperkenalkan pada tahun 2014 lalu, ini  pertama kalinya, ‘AME 2020’ bakal berlangsung mengikut norma baharu berdasarkan ketetapan SOP yang dibenarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam usaha menangani penularan wabak Covid-19.

Masih mengekalkan tema  ‘Epik Glam’ dengan tagline ‘Yang Epik, Yang Legend’,  ‘AME 2020’ bakal dipancarkan secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Ahad, 20 Disember 2020, jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro Ria (104) dan Ria HD (123). 

Manakala rakaman acara ‘Karpet Merah AME2020’ yang dibawakan oleh Astro GO pula akan disiarkan jam 8.30 malam pada hari yang sama sebelum siaran malam kemuncak.




“Keputusan untuk meneruskan penganjuran ‘AME 2020’ adalah tanda penghargaan dan ucapan terima kasih kepada para peminat yang tidak pernah berhenti menyokong kami selama ini. Nantikan pelbagai kejutan epik yang telah disusun rapi bagi menyemarakkan lagi edisi tahun ini meskipun diadakan dalam skala kecil,” ujar Nazri Noran (gambar atas),  Pengurus Rangkaian Kandungan Jenama Radio Melayu, Astro Radio.

Menurutnya, buat pertama kali dalam sejarah juga, ‘AME 2020’ melakar sejarah apabila muncul sebagai program televisyen tempatan pertama yang disiarkan secara langsung dalam format kualiti 4K UHD. 

“Teknologi ini menawarkan ciri paparan resolusi visual yang lebih jelas menerusi peranti pilihan masing-masing tanpa sebarang caj tambahan. Inisiatif ini sekali gus menjadi pencetus perubahan yang membuka dimensi baharu kepada pasaran kandungan tempatan,” tambah Nazri terutama kepada pelanggan Astro yang memiliki dekoder Ultra Box.



‘AME 2020’ bakal menampilkan pasangan hos serasi, Nabil Ahmad dan Jihan Muse  di pentas utama, manakala personaliti Era, Radin dan Cik Manggis (De Fam) pula bakal menggalas tanggungjawab sebagai hos untuk acara ‘Karpet Merah AME 2020’ yang dibawakan oleh Astro GO. 

Dan lebih menarik lagi apabila buat pertama kalinya juga peminat berpeluang mendengar lagu tema ‘AME 2020’ ciptaan komposer Navin D’Navigator yang bakal dinyanyikan bersama oleh personaliti Era penyanyi dan rapper popular, Dina Nadzir bersama Syamel dan Tuju (K-Clique).

Selain diserikan dengan  persembahan daripada artis-artis ternama seperti antaranya Anuar Zain, Misha Omar, Ernie Zakri, K-Clique, Floor 88, Dolla, Ismail Izzani, Aina Abdul, Wany Hasrita, Shiha Zikir, Andi Bernadee, Haqiem Rusli, Zynakal dan Yonnyboii, ‘AME 2020’ tidak ketinggalan memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada personaliti berpengaruh yang telah banyak berbakti dan mengharumkan nama Malaysia dalam bidang masing-masing melalui kategori ‘Anugerah Khas’.


Siti Nordiana dan Mira Filzah mengungguli pencalonan top '5' AME 2020.

Siapa agaknya penerimanya tahun ini?

Pun begitu, yang pasti penonton dapat saksikan  penampilan artis-artis yang dijemput sebagai penyampai trofi seperti Ayda Jebat, Nabil Mahir, Siti Nordiana, Khai Bahar, Janna Nick, Hun Haqeem, Nabila Razali, Syafiq Kyle, Cik B, Danial (ERA), Radin (ERA) serta ramai lagi.

Dalam pada berhibur yang penting ‘AME’ dianjurkan bukan berlandaskan kepada hiburan semata-mata kerana pihak Astro turut menyalurkan hasil kutipan terkumpul menerusi kiriman SMS setelah undian fasa kedua ‘AME 2020’ ditutup secara rasmi pada 31 Mac 2020 ke Tabung Bantuan Frontliners COVID-19 yang dikendalikan oleh pihak Sinar Harian.

Jom kita nantikan adakah artis pilihan anda memenangi kategori yang anda harapkan pada 20 Disember 2020? - KitaReporters

0
3
0
0
0
You will be interested