Pasangan ini bangga apabila menjadi pelawak pertama diberi peluang menjadi peserta Gegar Vaganza.
Dan ia diharap menjadi pendorong kepada golongan pelawak lain untuk menyertai pertandingan realiti ini untuk mempamerkan bakat menyanyi. Contohnya Jalil Hamid dan Salih Yaakob yang sudah punya beberapa album.
Bagi Sa.Ya golongan pelawak perlu diberi peluang menjadi salah satu peserta dalam Gegar Vaganza kerana pelawak juga mempunyai peminat tersendiri.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pelawak
Pada peringkat awal, kumpulan pelawak ini hanya menyangka dapat bertahan hingga ke minggu ketiga. Jadi berjaya tersingkir pada peringkat suku akhir atau minggu kelapan adalah pencapaian membanggakan bagi mereka.
Tambah mereka, kemunculan dalam GV8 adalah sebagai platform untuk memperlihatkan anggota Senario Union tetap aktif.
Sa.Ya berkata demikian dalam sidang media selepas GV8 peringkat suku akhir.
Sementara itu ketua juri, Datuk Ramli MS menyifatkan kumpulan Sa.Ya berdisiplin tinggi sepanjang menyertai GV8 dan sedia melakukan pelbagai tentangan dalam pertandingan realiti itu dengan baik.
Bagaimanapun tokoh muzik ini menyifatkan Sa.Ya lebih baik menumpu kepada bidang lawak yang sudah sebati dengan kedua-duanya.
Sementara itu, Saiful Apek dan Yassin Senario membayangkan akan mencuba bidang nyanyian dengan lebih aktif sebagai memperkembangkan cabang seni.
Untuk itu, mereka akan menamatkan kursus dengan guru vokal Siti Hajar Ismail agar teknik vokal yang dipelajari akan menjadikan mereka penyanyi yang lebih baik. Siti Hajar merupakan guru vokal bagi peserta GV8. - KitaReporters